WAWASAN 2020
Bendera berkibar diangkasa Lambang negara gagah Rakyat sepakat sehati sejiwa

Tekad berbakti dengan megah

Hadapai cabaran masa muka

Penuh tenaga murni

Bakti dicurah searah sehala

Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan

Tiada lagi kepincangan

Kemewahan rata dirasai

Bersama kita nikmati

Wawasan dua puluh dua puluh

Satu pandangan jauh

Bukan impian malah kenyataan

Bersama kita jayakan
 
 

LAGU: AKHBAR NAWAB

LIRIK: DAUD HAMZAH
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

WAWASAN DAN KEPIMPINAN

 


1. Definisi Wawasan

Wawasan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah bayangan, pengelihatan, dan gambaran. Di dalam konteks yang lebih luas lagi, wawasan boleh dinyatakan sebagai anggapan, fahaman atau tanggapan fikiran. Wawasan juga merupakan pandangan, pendapat, pengertian dan konsepsi sesuatu perkara. Wawasan kini dikaitkan dengan pandangan jauh manusia. Ia merupakan imaginasi intelektual dan moral tentang pembangunan merupakan satu himpunan idea yang membentuk tujuan atau objektif bagi individu dan kumpulan bertindak, yang bukan menggariskan keadaan dan iklim semasa, tetapi menggariskan aspek-aspek pembangunan masa depan di dalam semua bidang penghidupan. Ia merangkumi kerohanian, kebudayaan, kekeluargaan, psikologi, akhlak, ekonomi, pendidikan, politik dan sosial yang bersesuaian dengan keperluan sesuatu zaman.

Wawasan merupakan suatu cetusan fikiran dan bukannya satu dasar khas. Namun begitu wawasan mungkin satu mukadimah atau pengenalan kepada pembentukan beberapa dasar baru. Contohnya Dasar Pembangunan Kebangsaan menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

Setiap perubahan perlu dirancang dengan teliti supaya rakyat dapat menjadi pendokong utama dalam setiap aspek pembangunan: berperanan sebagai khalifah Allah di bumi: memastikan alam sekitar tidak dimusnahkan oleh pelbagai pencemaran; dan memastikan pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh dapat dicapai dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Rakyat tidak boleh membiarkan nilai-nilai asing menyusup masuk ke dalam budaya hidup mereka sehingga budaya itu terbentuk semula mengikut imej luaran. Rakyat tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menerima dan mengamalkan ideologi dan cara hidup Barat atau Timur secara total di dalam semua aspek penghidupan. Modenisasi yang dibawa dari luaran mestilah diadun dengan unsur nasionalisme. Untuk mencapai matlamat-matlamat ini, rakyat perlu berinteraksi dengan persoalan dan permasalahan semasa secara konstruktif. Mereka tidak boleh melarikan diri atau hanyut dalam alam fantasi yang tidak berkesudahan.

Daripada aspek teori, wawasan mempunyai matlamat yang jelas. Namun begitu dari aspek tindakan dan operasi, wawasan tersebut masih pada peringkat awal untuk mengenal pasti pendekatan, strategi, teknik, mekanisme, dan pelan tindakan menyeluruh yang tebaik bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam wawasan tersebut.

(Saifuddin, A. 1991 dalam Kepimpinan Belia Dalam Mengisi Wawasan)

Dalam arena tempatan, Wawasan 2020 muncul dalam majlis yang dihadiri oleh ahli perniagaan, usahawan, dan birokrat negara, manakala dalam arena antarabangsa, Wawasan 2020 mucul di tengah-tengah era pembentukan semula orientasi hidup manusia di seluruh dunia dengan berlakunya dua bentuk transformasi besar dalam bidang pembangunan sosial, ekonomi, dan politik antarabangsa, iaitu transformasi dari era industri kepada era maklumat dan transformasi dari Zaman Odre Lama Dunia kepada Zaman Orde Baru Dunia.

Merujuk kepada konsep negara Malaysia yang bersatu padu, keseragaman identiti yang mutlak hanya dapat diwujudkan atas landasan kesepakatan akidah. Namun begitu, keseragaman dan kesatuan identiti dalam pengertian yang longgar boleh dibentuk berasaskan landasan kesepakatan di luar akidah seperti nilai-nilai kemanusiaan sejagat, rukunegara, bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, falasafah pendidikan negara, dan dasar pendidikan negara Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kedewasaan dalam hidup beragama dan berbudaya serta semangat toleransi antara agama dan budaya merupakan asas penting dalam pembentukan negara yang bersatu.
 
 
 
 

2. Sumber Wawasan

Konflik antara kemajuan dengan kemunduran sentiasa menggugat kehidupan manusia. Pembangunan semula peradaban, antara lainnya membabitkan penghasilan wawasan, kaedah, alternatif, dan penyelesaian yang jelas terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh seluruh umat manusia. Manusia diamanahkan untuk menjalani kehidupan duniawi sebagai hamba (individu) dan khalifah (pemimpin) Allah di alam nyata. Perlaksanaan amanah ini merupakan amal ibadat. Kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi bergantung kepada ibadat ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa apabila umat Islam dilanda keruntuhan akhlak, kejahilan mental, kemunduran ekonomi dan kemelut politik dahsyat, maka timbullah orang yang mempunyai semangat pembaharuan (tajdid) dengan wawasan moral, intelaektual, ekonomi, dan politik untuk mengajak umat Islam kembali menjadi umat yang kuat. (Shalaby,1976; Muhammad,1987 dalam Penghayatan Wawasan Pembangunan Islam hlmn 1).
 
 
Wawasan boleh dicetuskan dengan adanya pemimpin yang berktrampilan dan sentiasa berpandangan jauh. Pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi boleh menambahkan bilangan pengikut yang setia. Pemimpin akan dilihat sebagai agen perubahan yang dapat memotivasikan pengikut-pengikutnya. Pemimpin yang dapat membawa kepada kecemerlangan bangsa dikaitkan dengan ketaqwaannya kepada Allah. Jika pemimpin itu seorang yang bertaqwa, pengikutnya menjadi insan yang rabani: iaitu sentiasa menuruti landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.

Persaingan yang hebat di dunia ini adalah penyumbang tercetusnya wawasan. Persaingan yang wujud biasanya di sekitar perlumbaan untuk mendapatkan kuasa politik, kuasa sosial dan kuasa ekonomi. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya berusaha dengan gigih untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia. Delima Melayu dan realiti umat Islam masa kini adalah seperti yang digambarkan oleh kenyataan di bawah;

Umumnya, mereka mundur dan miskin, mereka buta huruf dan mudah menjadi

mainan politik, dan mereka pengotor dan pelaku kezaliman sesama mereka,

manakala yang kaya pula berada dalam keadaan mewah dan berfoya-foya dan

melupai amanah mereka untuk memakmurkan dunia. Jelas sekali orang Islam di

mana-mana berada dalam kehinaan, dan itu sudah cukup menunjukkan imej

mereka di kalangan manusia lain.

(Muhammad .1991 dalam Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. DBP

hlm. 48).

Bermula dari penyataan di atas, pemimpin perlukan sokongan yang padu daripada semua peringkat untuk menjadikan Malaysia bertaraf dunia.

Wawasan tercetus dengan adanya peluang dan ruang masa yang mengizinkan. Peluang kadang kala datang dengan tiba-tiba untuk pemimpin mengemukakan wawasan yang difikirkan sesuai untuk menjana pembangunan negara. Faktur-faktur luaran, seperti ancaman negara-negara jiran dan kuasa-kuasa besar yang cuba menggugat keselamatan negara menyumbang tercetusnya wawasan. Pengaruh-pengaruh negatif yang boleh merosakkan akidah umat Islam perlukan senjata yang ampuh untuk dijadikan benteng bagi setiap lapisan masyarakat. "Dasar langit terbuka" jika tidak dibendung dengan disiplin diri yang kental boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran. Wawasan adalah diperlukan agar pembangunan yang dikecapi tidak merosakkan diri sendiri dan tidak mencemarkan persekitaran seperti yang ditegaskan oleh salah satu matlamat kepimpinan Islam yang menuntut untuk memakmurkan bumi Allah.

Wawasan juga terhasil kerana keinginan kita untuk perluasan sempadan pemikiran manusia sejagat.

Pada abad kegemilangan tamadun Islam, ijtihad dan jihad sentiasa berdampingan sehingga umat Islam merasa hidup bahagia dengan banyaknya para mujtahid membawa panji keilmuan dan para mujahidin membawa panji keselamatan.

(Qaradhawi, Y. 1988. Dalam Ijtihad dalam Syariat Islam)
 
 
 
 

PEMBANGUNAN
 
 
 
 

Mekanisme: IJTIHAD JIHAD
 
 
 
 

KOGNITIF PSIKOMOTOR

Aktiviti: META-KOGNITIF TINGKAH LAKU

(Operasi mental) (Tindakan Fizikal)
 
 
 
 

SISTEM NILAI sumber: Nik Aziz Nik Pa dalam

Kawalan: (Operasi Rohani) Penghayatan Wawasan

Pembangunan Negara
 
 

Proses Asas Dalam Pembangunan


 
 

Umat Islam mampu mencapai kegemilangan sekiranya ijtihad dan jihad dilaksanakan secara bersepadu. Ijtihad membekalkan sistem kehidupan dengan wawasan untuk melakukan inovasi yang berfaedah. Apabila ijtihad itu direalisasikan dan digabungjalinkan dengan jihad, maka terbentuklah kecemerlangan sebagaimana yang dicita-citakan.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu pengajaran yang tidak dapat dilupakan. Wujudnya jurang perbezaan pendapat ketidaksefahaman antara etnik menyebabkan kemajuan negara lambat dicapai.

"Kegagalan kita mentransformasi ideologi nasionalisme Melayu menjadi ideologi nasionalisme Malaysia pada waktu tercapainya kemerdekaan, dan kegagalan golongan imigran melepaskan diri daripada mentaliti imigran kolonial dan tidak dapat mengidentifikasikan diri dengan proses pembentukan bangsa yang baru. Jadi, sebarang gagasan tentang pembentukan bangsa sentiasa ditanggap oleh kedua-dua pihak sebagai proses mendominasi dan didominasi."

(Dr. Mahathir dalam Wawasan 2020: Aspek Politik dan Sosial hlmn. 30)
 
 

Dari kata-kata itu jelaslah bagaimana wawasan dibentuk sedemikian rupa untuk mewujudkan sebuah bangsa Melayu baru yang bersatu padu, berdedikasi dan berdaulat berasaskan semangat setiakawan yang tinggi tanpa merasakan adanya perbezaan dari segi kaum, keturunan dan warna kulit.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

3. Proses Pembentukan Wawasan

Wawasan lahir daripada pemikiran yang kreatif. Ia bermula daripada kajian tentang sejarah peradaban bangsa, tentang perlakuan manusia masa kini dan masa akan datang. Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Melaka pada ketika itu begitu terkenal di seluruh pelusuk dunia. Masyarakat dunia sedang memperkatakan mengenai kawasan Asia Pasifik yang akan menjadi medan kegiatan ekonomi antarabangsa. Jikalau lima ratus tahun dahulu, kegiatan ekonomi berpindah daripada Mediterranean ke kawasan Atlantik tetapi hari ini akan berpindah dari Atlantik ke Pasifik. Hakikat yang sedemikian pernah dilafazkan oleh John Hay, iaitu seorang bekas Setiausaha Negara Amerika. Katanya;

"Mediterranean adalah lautan untuk masa lalu, Atlantik adalah lautan masa kini,

tetapi Pasifik adalah lautan perdagangan untuk masa depan."

Segala ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah berpunca daripada Allah. Ilmu tersebut terdiri daripada ilmu yang berdasarkan kepada wahyu (ilmu naqliyah) atau ilmu yang bukan berdasarkan wahyu (ilmu aqliyah). Sumber utama bagi ilmu yang bukan berdasarkan wahyu ialah akal (rasional), pemerhatian, penyelidikan, ujikaji, dan pembudayaan. Dalam melaksanakan aktiviti pembangunan dan tajdid, Islam menganjurkan cara berfikir dan cara bertindak yang berasaskan analisa semasa, sintesis masa hadapan, dan bimbingan syariah Islam. Tajdid bermaksud suatu proses peneguhan kembali kefahaman dan keyakinan Muslim terhadap setiap aspek ajaran Islam.

Pembangunan yang produktif merupakan satu usaha pemikiran dan tindakan yang terancang, bersistem, dan gagah yang membawa ke arah kekuatan intelektual, politik, akhlak, dan ekonomi yang mantap di samping ke arah kecekapan saintifik, teknologi, dan teknikal yang canggih. (Abdul Ghani, S. 1989. Dalam:Tajdid dalam pendidikan dan masyarakat. DBP)
 
 
Wawasan negara penuh dengan harapan, hala tuju dan cita-cita murni pemimpin. Segala cetusan idea perlu dibincangkan dan didokumentasikan. Tidak hairanlah jika Dr Mahathir Mohamad pernah menulis sebagaimana berikut; "Daripada pengalaman dua dekad yang lalu berhubung keajaiban ekonomi di negara yang miskin dari segi sumber semula jadi, adalah jelas bahawa sumber utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran, kepakaran, kekreatifan dan semangat rakyat. … Rakyat itu adalah sumber paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada 1990-an dan selepas itu, Malaysia mesti memberi penekanan sepenuh mungkin kepada pembangunan sumber utama ini.

(Dr Mahathir Mohamad dalam Malaysia: The Way Forward).
 
 

Setiap perubahan perlu dirancangkan dengan teliti supaya umat Islam dapat menjadi pendokong utama dalam setiap aspek pembangunan: berperanan sebagai khalifah Allah di bumi: memastikan alam sekitar tidak dimusnahkan oleh pelbagai jenis pencemaran; dan memastikan pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Untuk mencapai matlamat ini, umat Islam perlu berinteraksi dengan persoalan dan permasalahan semasa secara konstruktif. Mereka tidak boleh melarikan diri atau hanyut dalam fantasi yang tidak berkesudahan. Mereka tidak boleh membiarkan nilai-nilai asing menyusup masuk ke dalam budaya hidup mereka sehingga budaya itu terbentuk semula mengikut imej luaran. Imej wawasan yang mengikut acuan sendiri perlulah ditonjolkan sebelum dibincangkan oleh masyarakat umum. "Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita. Malaysia tidak patut dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara maju yang sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kejiwaan, psikologi, dan kebudayaan." (Dr Mahathir Mohamad 1991 dalam Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara hlm. 1) Berbagai-bagai kaedah untuk mengadakan perbincangan umum seperti mengadakan perdebatan di Parlimen, dialog pemimpin dengan rakyat, seminar-seminar, peranan media massa dan sebagainya di berbagai-bagai peringkat. Setelah segala-galanya dapat diyakini maka dapatlah dibuat pelancaran wawasan yang dimaksudkan menerusi raptai umum yang melibatkan seluruh rakyat. Raptai umum ini dikenali juga sebagai raptai mental kerana ia melibatkan pengelibatan rakyat untuk menghayati pengertian wawasan itu sendiri.

Yang menentukan sama ada Wawasan 2020 itu adalah satu harapan atau impian, satu cita-cita atau khayalan, satu perjuangan atau angan-angan adalah aktiviti pemahaman, kesedaran, penerimaan, rasa pemilikan, komitmen, dedikasi, kesungguhan, ketekunan, dan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap individu. Memang tiada jalan pintas untuk merealisasikan wawasan negara, selain daripada perjuangan dan pengorbanan yang membabitkan jihad dan ijtihad. Wawasan tidak mungkin tercapai hanya dengan kelantangan berpidato sahaja. Setiap individu perlu melibatkan diri dengan aktif dalam usaha memantapkan keimanannya dan mengukuhkan kecekapannya untuk berdikari. Setiap individu perlu bebas daripada cengkaman budaya seminar yang mementingkan slogan daripada bahan yang produktif yang mementingkan pamiran daripada hasil.

Apabila seseorang berminat untuk berubah, dia bersedia untuk mempelajarai corak-corak tingkah laku yang baru. Perubahan boleh berlaku melalui penerimaan maklumat baru, pendedahan kepada pengalaman baru, atau penelitian terhadap situasi sedia ada daripada perspektif yang berlainan. Proses perubahan biasanya berlaku melalui dua mekanisme yang saling berkait, iaitu identifikasi dan penghayatan. Identifikasi berlaku apabila seseorang itu memerhati dan berusaha meniru sesuatu tingkah laku yang dikemukakan kepadanya. Penghayatan pula berlaku apabila individu perlu mengamalkan tingkah laku yang baru dipelajari. Perubahan yang berkesan selalunya membabitkan gabungan kedua-dua mekanisme ini sebagai satu strategi perubahan.

" … Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga

mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri … "

(Surah al-Ra’d 13.11)
 
 
 
 
 
 

4. Tujuan Wawasan

Pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang yang berpandangan jauh. Ia dapat membawa negaranya maju dalam semua bidang iaitu di bidang politik, ekonomi dan sosial. Wawasan dapat mengangkat martabat bangsa untuk membentuk tamadun manusia bertaraf dunia berlandaskan nilai-nilai keislaman yang tinggi. Untuk itu wawasan adalah penting untuk menggubal strategi demi memenuhi harapan dan cita-cita negara. Wawasan dapat memilih strategi yang diperlukan agar perancangan yang dibuat adalah mengikut imej yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam konteks di Malaysia, Wawasan 2020 yang dijalankan adalah mengikut acuannya sendiri.

Proses penyaringan segala idea-idea yang dapat membantu pengubalan strategi untuk mencapai matlamat wawasan adalah perlu untuk mengelakkan pembaziran.

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikaal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Wawasan juga bertujuan membentuk orde baru dunia dengan satu kebangkitan bercirikan reformasi dan pembaharuan yang selari dengan syari’ah di kalangan masyarakat Islam supaaya mereka dapat mendominasikan kembali corak pembangunan dunia. Pembentukan odre baru dunia perlulah mempunyai kekuatan akidaah dan ketakwaan, kekuatan ilmu dan pembudayaan ilmu, kekuatan pengislaman ilmu dan amalan, kekuatan ekonomi dan perdagangan serta kekuatan komunikasi dan teknologi. Untuk mencapai matlamat itu, mereka perlu menjalankan aktiviti-aktiviti hidup yang produktif dan konstruktif. Aktiviti-aktiviti hidup merupakan unsur asas dalam setiap tingkah laku manusia, baik yang bersifat fizikal, mental, mahupun rohani.

"Belanjawan 1992 dirangka bagi menghadapi cabaran-cabaran strategik dan menterjemahkan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Wawasan 2020. Justeru itu strategi belanjawan ini dan langkah-langkah yang diambil cuba memenuhi keperluan dan tuntutan Dasar Pembangunan Negara dan Rancangan Malaysia ke Enam (RM6) kerana rancangan itu adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat wawasan." (Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 1992 Berita Harian November 2, 1992)
 
 
Wawasan juga bertujuan untuk menetapkan perancangan yang akan dilakukan. Proses menetapkan perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan yang berkisar kepada keutamaan, kos, tenaga kerja, teknologi, masa yang digunakan, kesan terhadap alam sekitar, kesan terhadap sosial, kesan terhadap ekonomi dan kesan terhadap politik. Segala perancangan mestilah dibuat mengikut masa yang ditetapkan sama ada perancangan jangka pendek atau perancangan jangka panjang. Kunci dalam memilih tempoh perancangan yang sesuai terkandung dalam prinsip komitmen: perancangan yang logik melibatkan satu tempoh masa pada hari esok yang penting untuk memenuhi dan melalui satu siri tindakan, komitmen yang terbabit dalam keputusan yang dibuat pada hari ini.

Wawasan juga bertujuan untuk dijadikan perangsang kepada semua lapisan masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah pembentukan Malaysia yang setaraf dengan dunia maju lain. Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa mestilah bersatu padu. Untuk mencapai perpaduan yang jitu wawasan adalah diperlukan kerana ia akan menjadi lambang perpaduan di Malaysia.

"Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan." (Dr. Mahathir (1991) dalam Wawasan 2020 hlm. 1)

Wawasan dapat mengembeling setiap individu untuk memikul tugas yang berat dan bersedia bertungkus lumus dalam perjuangan untuk membangunkan negara serta mengatasi halangan yang menyekat pembangunan. Wawasan dapat dilihat sebagai agen pembangunan insan. Pembangunan insan menurut Khurshid (1970) menerusi The Muslim merangkumi tauhid, rububiyyah, khalifah dan tazkiah. Tauhid adalah keesaan Allah manakala rububiyyah merupakan kekuasaan Allah untuk menjaga, mengawal, menampung, dan mengurus kehidupan mahluk ke arah kesempurnaan. Khalifah meerujuk kepada peranan manusia sebagai pemegang amanah Allah dibumi dan tazkiah adalah penyucian sikap dan perhubungan.

Wawasan 2020 antara lainnya bertujuan untuk melaksanaan dasar ekonomi dan pembangunan negara. Diantara dasar-dasar tersebut ialah;

    1. Dasar Pembangunan Nasional
    2. Dasar Perindustrian Negara
    3. Dasar Pertanian Negara
    4. Dasar Penswastaan
    5. Dasar Pensyarikatan Malaysia
    6. Dasar Sains Dan Teknologi Negara
    7. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
    8. Dasar Pandang Ke Timur
    9. Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
    10. Dasar Wanita Negara
    11. Dasar Pendidikan Kebangsaan
    12. Dasar Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti Dan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

5. Peranan Pemimpin Terhadap Wawasan

Kepimpinan sebagai tugas memulakan, mengelola, menjelas dan memotivasikan (Bass 1949) Kepimpinan sebagai penciptaan perubahan (Cattell, 1953) Kepimpinan sebagai seni menjadikan orang lain melakukan sesuaatu mengikut dan mengubah tingkah laku (Vance Packerd 1962)

Kepimpinan sebagai penggunaan kuasa (kuasa peribadi dan kuasa karisma) dan membuat keputusan (Dubin 1951)

Pemimpin di Malaysia mempunyai peranan yang sangat besar didalam menjelaskan wawasan kepada rakyat. Pemimpin bukan sahaja perlu memahami wawasan tetapi mestilah dapat menghayatinya. Penjelasan tentang objektif dan matlamat wawasan negara yang berkesan kepada rakyat akan memberi kefahaman yang baik dikalangan merekaa. Rayuan kepada tujuan bersama wawasan hendaklah disampaikan kepada rakyat agar mereka sedar akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Wawasan perlu diyakini oleh rakyat kerana ia akan memberi implikasi kepercayaan kepada masyarakat. Pemimpin dan rakyat perlu untuk berkomunikasi dengan berkesan dan suasana ini adalah diharapkan untuk membina kekuatan bangsa. Kesefahaman boleh menjuruskan masyarakat untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersistematik di mana seluruh lapisan masyarakat akan melaksanakan peranan masing-masing.

Akhir-akhir ini pemimpin selalu dirujuk sebagai agen perubahan. Pemimpin yang bertindak sebagai agen pembangunan mestilah seorang yang dihormati kerana gaya kepimpinan yang berkesan. Pemimpin semestiya mempunyai akhlak dan etika kerja yang terpuji. Pemimpin perlu membangunkan pembangunan manusia yang banyak bergantung kepada asas ideologi. Usaha membina dan membangunkan masyarakat bukan sahaja membabitkan domain perindustrian dan perdagangan, tetapi juga membabitkan domain ideologi. Sebagai langkah pertama, setiap individu perlu berusaha memahami dwikonsep tentang pembangunan Barat dan pembangunan Islam.

"Adakah kita mahu menjadi seperti United Kingdom, Kanada, Holland, Sweden, Finland, Jepun? Sebagai kepastian, setiap daripada 19 negara ini, daripada masyarakat dunia yang mempunyai lebih 160 negara, mempunyai kekuatan sendiri. Tetapi setiap negara itu juga mempunyaai kelemahannya. Tanpa meniru salah sebuah negara berkenaan, kita masih boleh membangun. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita. Malaysia tidak patut dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara maju yang sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kejiwaan, psikologi, dan kebudayaan." (Dr Mahathir Mohamad 1991 dalam Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara hlm. 1) Tema Hari Kebangsaan 1998: "Negara Kita, Tanggungjawab Kita". Keyakinan yang tinggi dapat merubah semangat bekerja disamping berbagai-bagai semangat positif yang lain. Segala slogan mempunyai fungsinya, paling tidak sebagai peringatan, tetapi dalam menjaya dan memprogramkan kehidupan Islam dalam semua lapangan, ilmu fardu ain dan kifayah adalah satu kemestian. Bertitik tolak dari pengilmuan inilah idea dan usaha lain dapat diperkembangkan di peringkat realiti, sama ada untuk tujuan pembentukan peribadi muslim, pembinaan kehidupan sosial atau pembangunan negara. (Muhammad 1991, dalam Pelajar Pemegang Obor Tamadun. Hlm. 10)

Pemimpin hendaklah sentiasa memberi dorongan kepada masyarakat untuk mengatasi cabaran, untuk maju ke hadapan, dan untuk membangun. Individu yang mempunyai dorongan ini memaparkan sifat-sifat positif terhadap matlamat yang hendak dicapai. Antara lain, mereka tekun bekerja, menumpukan perhatian kepada masa depan, mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko, menetapkan matlamat yang agak sukar tetapi bukan mustahil untuk diri mereka, tabah, bertanggung jawab, dan suka bekerja dengan orang yang dapat memberi sumbangan yang produktif. Pemimpin hendaklah menunjukkan ketrampilan untuk melakukan kerja yang berkualiti tinggi. Orang yang bermotivasikan ketrampilan akan berusaha untuk menguasai kerja mereka, mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah, dan berusaha untuk menjadi manusia yang inovatif.

Pemimpin perlulah menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada seluruh rakyat. Semangat nasionalisme akan meniupkan perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang tidak berbelah bagi terhadapnya. Pemimpin perlu meyakinkan masyarakat tentang perlunya perasaan setiakawan serta semangat cintakan bangsa dan negara. Semangat nasionalisme adalah punca kekuasaan dan kedaulatan sesebuah negara. Islam sangat menekankan semangat cintakan negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyataan berikut;

Cintakan negara (watan) adalah sebahagian dari iman. (Hadith Nabi)

Pemimpin harus membina keiltizaman yang tinggi disemua peringkat untuk mendorong individu membangunkan sahsiah diri yang terpuji. Pemimpin hendaklah mengungkapkan slogan "Malaysia Boleh" menerusi ucapan-ucapanya melewati media massa yang ada. "Malaysia Boleh" perlu dijadikan kata-kata azimat kepada rakyat untuk menimbulkan keyakinan kepada semua pihak dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Pemimpin hendaklah mengekalkan komunikasi yang berkesan. Sebagai mahluk sosial kata Ibn Khaldun, manusia memerlukan komunikasi dan interaksi antara satu sama lain bagi memperolehi keperluan asas. Seseorang individu atau kelompok tidak akan berupaya memperolehi segala keperluan asasnya tanpa kerja sama dan bantuan individu atau kelompok lain. Pemimpin di setiap peringkat perlu menggunakan peluang yang ada untuk berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat. Komunikasi yang berkesan boleh dilakukan menerusi ceramah-ceramah, seminar, dialog, akhbar-akhbar, media elektronik, dan teknologi maklumat yang lain.

6. Strategi Perlaksanaan Wawasan

Pemimpin perlu membentangkan wawasan yang telah dibuat menerusi media massa, perhimpunan umum dan berbagai-bagai cara lagi. Objektif dan matlamat wawasan perlulah dijelaskan agar semua dapat memahaminya.

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Matlamat wawasan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Setelah seluruh masyaratkat yakin dapat melaksanakannya, pembahagian tugas adalah perlu dilakukan. Tugas yang berat diagihkan kepada semua termasulah ke Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Firma-Firma Swasta dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan. Agihan tugas yang menyeluruh ini perlulah berdasarkan sumber kemudahan yang ada agar ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Bidang pendidikan juga perlu mendokong wawasan kerana disinilah sumber pelapis pemimpin negara. Seluruh individu yang berada di bawah payung pendidikan harus mengambil peranan masing-masing untuk merealisasikan wawasan tersebut. Melalui perancangan yang teratur inilah proses pemimpin menerapkan Wawasan 2020 secara yang berkesan untuk digarap pada tahun 2020 nanti.

Proses perancangan strategik mengandungi enam kegiatan yang berkaitan, iaitu analisis luaran, analisis dalaman, strategi alternatif, pemilihan strategi, perancangan tindakan strategik, dan kawalan serta maklum balas. Analisis luaran adalah kajian terhadap persekitaran luaran masa kini dan masa hadapan yang dinilai dari sudut ancaman dan peluang. Penilaian adalah berkisar kepada faktor-faktor politik, sosial, saintifik, ekonomi, perundangan, demografi, dan geografi. Persekitaran luaran juga dinilai untuk perkembangan teknologi, keluaran, perkhidmatan, dan persaingan.

Analissis dalaman dinilai dari sudut kelemahan dan kekuatan. Penilaian bertumpu kepada faktor-faktor penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, operasi, perolehan, pemasaran, kejuruteraan, pengurusan, dan perkhidmatan. Faklor-faktor dalaman lain yang penting bagi merumuskan strategi termasuklah penilaian sumber manusia, sumber kewangan, imej organisasi, struktur dan iklim organisasi, sistem perancangan dan kawalan, dan hubungan dengan pelanggan. Strategi altenatif adalah gabungan analisis dalaman (kelemahan dan kekuatan) dan analisis luaran (ancaman dan peluang). Proses ini bertujuan untuk mendapatkan bentuk-bentuk strategi yang berlainan. Tumpuan diberikan kepada usaha mencari kekuatan yang dapat digunakan untuk merebut peluang yang telah dikenal pasti atau memperbaikki kelemahan bagi menghadapi ancaman yang tidak dapat dielakkan.

Pemilihan strategi harus dinilai dengan teliti sebelum pilihan dibuat. Strategi yang dipilih mesti dipertimbangkan berdasarkan kepada beberapa unsur kritis seperti risiko, masa, kos, reaksi rakyat, reaksi parti pembangkang, reaksi negara-negara jiran, dan keadaan semasa. Perancangan tindakan strategik menekankan bahawa sesuatu strategi yang telah dipilih harus ditukar kepada perancangan tindakan jangka sederhana dan pendek. Misalnya, strategi pilihan dipecahkan kepada komponen-komponen kecil dan diagihkan kepada jabatan dan individu yang tertentu. Tindakan-tindakan perlu dijadualkan untuk satu jangka masa tertentu. Seterusnya, matlamat, kakitangan yang terlibat, jabatan yang terlibat, jumlah sumber, dan jenis sumber yang perlu dikenal pasti. Setelah keputusan diambil dan rancangan telah ditetapkan langkah seterusnya ialah membuat belanjawan. Penyusunan aliaran wang tunai, perbelanjaan dan hasil, perbelanjaan modal, atau penggunaan tenaga manusia dan penggunaan mesin adalah perlu untuk dijangkakan.

Pengawalan membabitkan pengukuran dan pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan bahawa objektif dan matlamat wawasan dicapai dengan sempurna. Sesebuah sistem kawalan yang mencukupi akan mendedahkan kegagalan dan membuat tindakan pembetulan.

Segala strategi yang hendak diambil haruslah mengikut keperluan manusia seperti yang diterangkan oleh Maslow (1970) dalam Motivation And Personality, Langgulung (1983) dalam Kreativiti Dan Pendidikan, dan Naquib (1990) dalam The Nature Of Man And The Phychology Of The Human Soul.

Manusia memerlukan beberapa keperluan seperti keperluan fisiologi iaitu keperluan asas untuk menyara kehidupan manusia seperti makanan, air, udara, rehat, pakaian, tidur, seks, aktiviti motor deria, dan rangsangan. Manusia memerlukan keselamatan untuk bebas daripada bahaya fizikal dan rasa takut akan kehilangan kerja, harta, makanan, pakaian, kawan, dan tempat tinggal. Manusia memerlukan keperluan emosi dan sosial, keperluan untuk mencintai dan dicintai, tergolong kepada sesuatu kumpulan, dipunyai dan diterima oleh orang lain,penghormatan kendiri, perasaan menghargai dan dihargai oleh orang lain. Manusia memerlukan pencapaian untuk menyempurnakan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi, ingin tahu, autonomi, kuasa, kejayaan, meneroka, menganalisis perhubungan, mendapatkan kecantikan dan keindahan, mengetahui dan memahami. Selain daripada itu manusia memerlukan keperluan tazkiyah iaitu keperluan untuk mensucikan diri, fikiran dan rohani: menilai dan membangunkan diri, dan menghampiri Tuhan. Manusia memerlukan keperluan rohani untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah.
 
 

7. Wawasan 2020

Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagaimana yang terkandung di dalam ucapan beliau "Malaysia Langkah Ke Hadapan" ketika melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991. Matlamat utamanya ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 merupakan satu gagasan strategi atau imaginasi moral jangka panjang. Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai status negara maju. Wawasan 2020 menyarankan satu rangka kerja mengenai matlamat, tempoh masa, prospek, pendekatan, dan strategi perlaksanaan.

Wawasan 2020 mempunyai banyak konsep dan ungkapan ekonomi perdagangan seperti budaya ekonomi, masyarakat perdagangan, dasar penswastaan, transformasi pembangunan luar bandar, perkongsian penuh dalam kemajuan.

Walaupun begitu, Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran strategik untuk dijayakan mengikut cita rasa tempatan iaitu untuk mewujudkan

    1. Negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Negara ini hendaklah menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
    2. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan diri, berbangga dengan apa yang ada, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua ponensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
    3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
    4. Membentuk masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika yang paling tinggi.
    5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamatkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
    6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada tamadun saaintifik dan teknologi masa depan
    7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
    8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
    9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

 
 
 
 
 
    WAWASAN 2020

MATLAMAT CABARAN STRATEGI



(Halangan) (Cara pengisian)


Negara maju Mental dan sosial Dasar Pembangunan Nasional

Negara Industri Ekonomi Dasar Pendidikan Kebangsaan

Acuan Tempatan Politik Dasar Penswastaan

TEMPOH Sistem nilai Dasar Perindustrian Negara


30 tahun Psikologi Bangsa Dasar Pensyarikatan Negara

(1991 – 2020) Ilmu bersepadu dan lain-lain
 


PERSPEKTIF

(Isu-isu Utama)


Satu Negara Bangsa Malysia

Negara Perindustrian

Keadilan Sosial dan Ekonomi

Noral dan Etika


 


Pembangunan Keluarga

Sumber: Nik Azis Nik Pa dalam (DBP)

Dalam peradaban Barat Moden, ilmu terbit daripada asas intelektual yang mengenepikan ajaran agama. Misalnya ilmu mempunyai beberapa pengertian seperti satu rangkaian rangsangan dan gerak balas (Skinner, 1953), maklumat yang telah diproses (Stenberg, 1981), pengalaman yang diasimilasikan dan diakomodasikan (Pieget, 1970) atau pembinaan skim tindakan dan skim operasi yang tertentu ( Von Gklasersfled, 1980)
 
 

Konsepsi Ilmu Mengikut Perspektif Barat Moden


 


Fahaman Takrif Ilmu Tokoh


Behaviourisme Pembentukan rangkaian rangsangan Skinner

Dan gerak balas yang bersifat agak Watson

Kekal dan bukan disebabkan oleh Hull

Dadah, kelesuan, sakit, pematangan

Pemprosesan Maklumat yang diproseskan dan Simmon

Maklumat disimpan dalam "Ingatan Jangka Anderson

Pendek" atau "Ingatan Jangka Stenberg

Panjang" Gange

Perkembangan Pengalaman yang diasimilasikan dan Piaget

Kognitif diakomodasikan Kohlberg

Fahaman Pembentukan skim tindakan dan Glasersfeld

Binaan skim operasi tertentu Steffe
 
 

Aspek-aspek kehidupan insan yang utama demi menjayakan Wawasan 2020 iaitu interaksi aspek-aspek rohani, soaial, emosi, kreativiti, moral, fizikal dan kognitif. Tanpa pembangunan kerohanian, manusia akan mengalami krisis kekosongan rohani yang akhirnya membawa bencana kepada sesuatu masyarakat
 
 



Aspek-aspek Pembangunan Insan


 




Aspek Aspek

Sosial emosi
 
 
 
 

Aspek Aspek

kognitif Aspek kreativiti

Rohani

Aspek Aspek

Fizikal Moral
 
 

Sumber: Nik Azis Nik Pa dalam (DBP
 
 

Peranan pendidikan di Malaysia mestilah dilihat sebagai usaha yang sejajar dengan Wawasan 2020. Persidangan Pendidikan Nasional yang berlangsung di Institut Aminuddin Baki dari 8 hingga 11 April 1993 telah menghimpunkan semua lapisan masyarakat untuk berwacana dan seterusnya mengatur langkah demi menjalankan pengisian wawasan. Sebelum itu, iaitu pada 10 hingga 14 Februari 1993 bertempat di Langkawi, satu rumusan telah dibuat oleh perjumpaan pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pendidikan. Rumusan ini akhirnya telah dikenali sebagai misi Kementerian Pendidikan yang berbunyi;

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang

mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak

individu, masyarakat dan negara.
 
 

8. REFORMASI PENDIDIKAN

Reformasi pendidikan membawa makna berikut;

"sebarang cadangan perubahan ke arah pembaikan dalam teori dalam teori dan

amalan pendidikan" (Dictionary of Education, halaman 287)

" . . . . pembetulan atau pembaikan tentang sesuatu yang rosak, kurang, tidak

cekap dan dibantah" (Webster’s Dictionary Vol. 11)

"merujuk kepada pelbagai usaha untuk memperbaiki teori dan amalan pendidikan.

Juga merujuk kepada perubahan-perubahan dalam matlamat serta objektif pendidikan selaras dengan perubahan-perubahan sosio-politik masyarakat dan negara"

(Ahmad Muhamad Said dalam Idris Jauzi 1990:3)
 
 

Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.

Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan sekolah pondok dan diikuti dengan pendidikan era penjajah British. Pihak penjajah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Matlamat pendidikan selepas merdeka ialah membina perpaduan. Penyata Razak 1956 telah memperkenalkan potensi Bahasa Melayu sebagai agen perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar. Selepas itu Penyata Rahman Talib telah diperkenalkan pada tahun 1960 dimana ia masih lagi mengekalkan aspirasi Penyata Razak.

Akta Pendidikan 1961 yang mengandungi Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk membina kekuatan perundangan kepada perubahan-perubahan yang dilaksanakan. Penyata Rahman Talib disemak semula pada tahun 1974 oleh sebuah Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bidang tugas Jawatankuasa ini jelas merujuk kepada pembangunan tenaga manusia. Teksnya berbunyi;

Mengkaji semua matlamat dan kesan pelajaran sekarang, termasuk

kurikulumnya, dalam dasar pelajaran kebangsaan yang wujud.

Ia bertujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara

dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka

panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, Para 1 halaman 1)

Jawankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Y.B Dr Mahathir Mohamad (Menteri Pendidikan dewasa itu) menekan peri mustahaknya pembangunan kemanusiaan. Ini dapat dijelaskan menerusi petikan berikut;

Untuk kepentingan pembangunan negara tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat juga dari segi sikap, mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja.

Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak mulia. Tegasnya. Individu yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, Para 452, halaman 227)
 
 

Laporan Jawatankuasa Kabinet lebih menekankan pembangunan guna tenaga untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR –1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM – 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.

Berbagai-bagai strategi telah diadakan untuk menjayakan reformasi pendidikan diantaranya ialah;

Falasafah Pendidikan Negara

Kurikulum dan Kokurikulum Bersepadu

Pembangunan Diri Insan Yang Harmoni

Pembakuan Bahasa

Pendemokrasian Pendidikan

Akta Pendidikan

9. Falasafah Pendidikan Negara

"Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang isu-isu utama dalam kehidupan manusia …..

Memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan pula memikirkan tentang rupa bentuk wajah manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin kesejahteraan sosial dan kualiti tamadun bangsa"

(Magazine, Winter, halaman 6)
 
 
Satu perkara asasi di dalam reformasi pendidikan negara ialah tentang wawasan pendidikan yang menyentuh konsep pendidikan, citra dan essensi manusia, dan bentuk tamadun kehidupan bangsa. Hal-hal ini merujuk kepada falasafah pendidikan. Justeru itu, Falasafah Pendidikan Negara telah digubal secara tersurat pada tahun 1998. Teks Falasafah Pendidikan Negara berbunyi; Pendidkan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(Falasafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)

Keseluruhan proses pendidikan di Malaysia perlu diasaskan kepada falasafah tersebut.
 
 

Saudara Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan telah menegaskan; Falasafah Pendidikan …. Menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan

kebangsaan kita supaya semua program dan aktiviti pendidikan merupakan

pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam falasafah tersebut.

(Menangani Perubahan, 1998, halaman 4)

Matlamat falasafah adalah unggul sekali. Menurut Plato;

"The goal of philosopy …. is the attainment of wisdom through a vision of

absolute ideas: beauty, truth dan goodness"

Kementerian Pendidikan telah mengadakan program-program yang konkrit untuk menjayakan Falasafah Pendidikan Negara, pembangunan sumber manusia dan juga Wawasan 2020.
 
 
 
 
 
 
 
 

10. WAWASAN PENDIDIKAN

Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Noordin selaku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengadakan Persidangan Nasional di Institut Aminuddin Baki pada 8 hingga 11 April 1993 untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Pengisian Wawasan Pendidikan".

Wawasan Pendidikan adalah wahana Wawasan 2020 iaitu suatu gerakan dan pemaufakatan raksasa demi membina bangsa Melayu baru yang serba cemerlang sebagaimana yang diungkapkan oleh Falasafah Pendidikan Negara. Justeru itu wawasan dan misi sistem pendidikan di Malaysia, wawasan dan misi angkatan pendidikan dan pelajar ialah ke arah menjadikan institusi dan gerak kerja pendidikan sebagai pusat pembangunan manusia cemerlang, sebagai pemantapan nilai-nilai murni bangsa, sebagai arena penyuburan watak masyarakat penyayang dan sebagai kerangka penghayatan semangat cintakan negara.

Wawasan Pendidikan adalah berkisar kepada topik-topik berikut;

¨ Perpaduan

¨ Stail Pengurusan Dan Kepimpinan

¨ Perkhidmatan Penyayang

¨ Pengupayaan (Empowerment)

¨ Sistem Pengawasan Yang Efektif

¨ Budaya Ilmu

¨ Sekolah Penyayang

¨ Budaya Cemerlang

¨ Ketiadaan Kegagalan (Zero Deffect)
 
 

10.1. PERPADUAN DALAM WAWASAN PENDIDIKAN

Perpaduan adalah pra syarat bagi sesebuah organisasi atau masyarakat untuk memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran. Kementerian Pendidikan merupakan organisasi yang mempunyai kakitangan antara yang teramai di negara ini. Jumlah kaitangan yang besar boleh menimbulkan masalah "bigness", perbezaan pendapat, kurang perhatian, pengelompokan dan lain-lain lagi. Pengelompokan dan pengasingan pula mencetuskan fahaman "separatism" dan perlumbaan kerana masing-masing ingin menjadi lebih istimewa dan juara.

Situasi di atas boleh membawa kepada perpecahan, pembaziran dan ketidakcekapan pengurusan. Perbezaan-perbezaan ini harus dilihat sebagai keragaman yang memperkayakan keadaan bukannya sebagai kekangan ke arah perpaduan. Walaupun seseorang individu itu berada di kedudukan yang berbeza, namun matlamatnya harus sama. Justeru itu perlu wujud kesatuan dan perkongsian dalam visi dan misi pendidikan dikalangan wargapendidikan. Perpaduan harus dijelmakan dalam semangat berpasukan yang merentasi segala perbezaan.

Pengurusan dan proses membuat keputusan harulah dilakukan secara maufakat.

Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat

Para pemimpin pendidikan mesti mengamalkan keterbukaan kerana tugas dibidang pendidikan itu sendiri adalah perkhidmatan untuk orang ramai. Segala sempadan-sempadan yang boleh menghalang proses perpaduan sama ada nyata atau tidak harus dimansuhkan disemua peringkat pendidikan.

Disamping menekankan soal perpaduan dalaman, sama ada di peringkat organisasi masing-masing seperti sekolah dan jabatan ataupum di peringkat Kementerian Pendidikan, tumpuan yang sama harus diberikan kepada perpaduan di luar organisasi. Misalnya kita perlu mewujudkan pakatan yang sihat dengan PIBG, masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
 
 

10.2. STAIL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN WAWASAN PENDIDIKAN

Pengurusan dan kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu simpulan yang akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusa dan kepimpinan mestilah berkualiti dan bewibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulan atau organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal kerana institusi pendidikan adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah kilang itu tidak dapat menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh dibuang atau diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.

Perkara yang utama ialah pengurus dan pemimpin dibidang pendidikan haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ini akan membina keyakinan diri yang baik, dihormati, cekap dan berkesan. Pengurusan dan kepimpinan mestilah dipaparkan dengan kemahiran dan ketrampilan yang tinggi kerana pengurusan dan pendidikan itu sendiri makin kompleks.

Perkara yang kedua ialah pengurus dan pemimpin mestilah mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik sejajar dengan penerapan nilai-nilai murni untuk membentuk masyarakat yang berakhlak. Hakikat ini sejajar dengan beberapa dasar utama negara seperti Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (1983), Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1982) dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (1985/86).

Perkara yang ketiga ialah keberanian untuk mencuba dan memikul risiko

To win without risk is to triumph without glory

(Pierre Corneille: The Kid 1636)
 
 
Keberanian yang ditunjukkan bukanlah keberanian yang melulu. Keberanian mestilah berlandaskan pertimbangan yang rasional dan teliti. Sifat inilah yang akan membolehkan seseorang itu menerokai kedalam bidang-bidang baru.

Disamping itu pengurus dan pemimpin yang baik mestilah mempunyai sifat-sifat lain. Pertama, ia perlu mengamalkan dasar terbuka dimana ia sedia mendengar, menerima pendapat, berbincang serta mengamalkan maufakat dan mesyuarah. Ia tidak merasa terganggu dengan pandangan, idea dan saranan dari orang lain.

Kedua, pengurus dan pemimpin mestilah memberi kepimpinan yang memberangsangkan dan membawa motivasi kepada kakitangan bawahannya. Semuanya akan seronok bekerja kerana mereka nampak arah tujuan yang hendak dibawa oleh ketuanya.

Ketiga, pengurus dan pemimpin mestilah bersifat kreatif, inovatif dan imaginatif. Untuk memajukan organisasinya, ia akan menggunakan berbagai-bagai cara dan idea. Ia bersikap dinamis dan tidak hanya menunggu arahan-arahan atau pekeliling-pekeliling.

Keempat, pengurus dan pemimpin mestilah bersifat tegas. Apabila keputusan dibuat, perlaksanaan mesti dilakukan menurut rancangan tetapi mestilah diiringi dengan rasa hormat, tertib dan sabar.

Kelima, pengurus dan pemimpin mestilah sentiasa menyemak dan menilai hasil-hasil kerja dan dirinya sendiri kerana ia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengeluaran. Ia juga mestilah mengambil kira penilaian oleh orang lain dan menerima pandangan yang membina daripada pengkeritik.

Keenam, pengurus dan pemimpin tidak mempunyai kepentingan diri dan melaksanakan tugasnya dengan jujur dan ikhlas. Ia mesti melihat tugasnya sebagai amanah dan ibadat.
 
 

10.3. PERKHIDMATAN PENYAYANG WAWASAN PENDIDIKAN

Bilangan pendidik adalah besar dan bertaburan di seluruh negara. Lantaran itu ada dikalangan keluarga pendidik terasa tersisih dan tidak dipedulikan. Pihak pentadbiran mesti berusaha menjalinkan hubungan terus dengan mereka agar mereka tidak terasa tersisih. Organisasi yang besar sudah tentu merenggangkan perhubungan walaupun mereka sebumbung. Keadaan ini membawa kecenderungan untuk guru-guru di sekolah terabai dan terasing. Jika ini dibiarkan maka proses pendidikan akan menjadi tercemar dan ia akan meracuni sahsiah anak didik.

Guru-guru adalah tunggak utama di dalam pembelajaran. Sistem pendidikan akan menjadi runtuh sekiranya mereka lemah. Kementerian Pendidikan perlu berusaha untuk memantapkan kedudukan guru-guru. Guru-guru patut diberikan pengiktirafan, layanan perkhidmatan serta layanan kemanusiaan yang baik.

Perkhidmatan penyayang mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan, menghormati dan menghargai manusia. Satu kajian pernah dibuat di Kedah di mana perkara-perkara yang dapat memotivasikan guru-guru ialah layanan dan gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar atau pengetua sesebuah sekolah. Guru-guru tidak meletakkan pangkat atau gaji sebagai fokus utama mereka bekerja. Penghormatan dan pengiktirafan yang diberi kepada guru-guru akan dibalas dengan usaha yang lebih gigih.

Tugas dan tanggung jawab menjaga kepentingan orang lain merupakan satu amanah dan ia perlu dilaksanakan dengan kesungguhan dan kesempurnaan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10.4 PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) WAWASAN PENDIDIKAN

Kemementerian Pendidikan telah melaksanakan reformasi pendidikan. Kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah telah digubal menjadi Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Berbagai-bagai kursus telah dijalankan baik di peringkat pusat, negeri dan daerah bagi meningkatkan mutu bidang pendidikan, namun perlaksanaan KBSR dan KBSM menghadapi banyak masalah. Oleh itu berlakulah pencairan maklumat. Ada guru mengabaikan kursus yang diberi dan ada guru yang terabai tidak diberi kursus. Budaya menunggu, budaya surat pekeliling dan arahan, budaya pak turut dan lain-lain adalah melemahkan atau membantutkan lagi reformasi pendidikan.

Para pendidik mestilah kreatif dan inisiatif. Dalam kontek ini Keith dan Girling mencadangkan "teacher empowerment" dan John Nisbitts mengesyorkan perubahan paradigma daripada pusat ke pinggiran, daripada ketaatan kepada komitmen, daripada kawalan kepada perkongsian dan daripada rationaliti teknikal kepada rationaliti reflektif.

"Technical rationality" mengandaikan bahawa semuanya adalah sama dan homogen, rutin dan boleh ditelah akan perilaku dan hasilnya. Oleh kerana semuanya sama, pihak yang berkuasa mengambil tindakan yang mudah dengan menyediakan surat-surat pekeliling dan arahan yang sama. Hasilnya ialah guru-guru akan menunggu dan menuruti sahaja arahan yang diberi. Mengambil kira KBSM dan KBSR, sepatutnya akan menghasilkan keputusan atau hasil yang sama tetapi keadaan tidak berlaku kerana berbagai-bagai faktur. Terdapat perbezaan dari segi penerimaan dan tanggapan. Ini akan menyebabkan perbezaan perlaksanaan dan akhirnya membawa hasil yang berbeza. Ini menunjukkan bahawa budaya "technical rationality" adalah mengelirukan. Akibat daripada pembudayaan "technical rationality" dalam pengurusan dan budaya kerja, terhasillah kesan-kesan negatif selain daripada mutu kerja yang rendah. Diantara kesan-kesan negatif itu ialah "comformity", "red tape", budaya pak turut, tiada kreatif dan inovatif, anti pengetahuan, anti perubahan dan bersikap konservatif. Segala-galanya adalah bersifat mekanis. Mereka menjadi beku, hilang minat dan motivasi, kemerosotan produktiviti dan akhirnya menjadi "burnt out". Akhirnya reformasi akan berkubur dengan semangat mereka. Keadaan telah berubah dan menyimpang dari kebiasaan-kebiasaan. Perubahan tidak lagi bersinambungan tetapi terputus-putus dan tidak mengikut pola-pola tertentu. Akhirnya kebijaksanaan hanya timbul selepas sesuatu perkara itu terjadi. Keadaan ini perlulah dielakkan dan perubahan mengelolakan kerja, mengurus manusia serta merancang masa mestilah cekap. Pengurus dan kakitangan lain tidak lagi mengikut cara-cara biasa dan menyesuaikan dengan keadaan tetapi mereka mengikuti cara-cara yang bukan biasa dan menyesuaikan keadaan.

Manusia dan persekitaran sering berubah-ubah, berbeza-beza dan heterogen. Jika dilihat keseluruh negara, terdapat spektrum perbezaan persekitaran yang sangat luas. Oleh itu pihak pentadbiran pusat tidak boleh mengeluarkan satu surat arahan atau pekeliling yang sama untuk dituruti oleh semua. Sebaliknya kita perlu mewujudkan budaya "reflective rationality". Perkembangan ke arah budaya baru ini melibatkan perubahan bukan sahaja dalam andaian-andaian seperti yang dinyatakan di atas, malahan perubahan-perubahan dalam cara berfikir, cara bekerja, cara mengurus, perhubungan pusat dengan pinggir, cara menyelia atau memeriksa dan seumpamanya.

Pendidikan di Malaysia mengandungi banyak perilaku yang berlandaskan tradisi, kebiasaan dan "precedents" masa lalu. Adalah ketara yang menjadi pegangan dan amalan ialah prinsip kesinambungan. Umpamanya pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan tugas pemeriksaan, lawatan dan penyeliaan tetapi yang ingin mereka lihat ialah "comformity" dalam semua hal kepada peraturan, arahan dan pekeliling. Mereka secara mekanis menggunakan senarai semak yang telah disiapkan.

Contoh lain ialah mengenai jadual waktu yang secara tradisinya telah diterima terbahagi kepada petak-petak masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun tidak semua pelajaran itu dapat dijalankan dan terjadilah situasi "difisit pembelajaran". Walaupun hal ini disedari, namun tradisi ini masih diteruskan. Akibatnya tugas mengajar bukan lagi bersifat pedagogik tetapi lebih merupakan tugas pentadbiran. Keadaan ini bertambah buruk kerana pihak yang menyelia memberi tumpuan kepada jadual waktu. Justeru itu "difisit pembelajaran" menjadi lebih teruk lagi.

Urusan penempatan guru di kawasan-kawasan "hardship posting" seperti di Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman lain adalah dianggap sebagai satu kesinambungan. Lima tahun adalah jangkamasa untuk seseorang itu menunaikan perkhidmatan di tempat-tempat yang dianggap sukar itu. Tidak siapa yang ingin memeriksa rationaliti ini. Pemikiran manusia masih terbelenggu dengan kebiasaan dan mereka sebenarnya sudah berhenti berfikir kerana enak di dalam pelukan "technical rationality". Sebenarnya matlamat penempatan adalah strategi pengurusan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di kawasan sukar. Sebagai strategi dan galakan, jangkamasa perkhidmatan di kawasan sukar boleh dikurangkan kepada paling minimum dua tahun dengan syarat guru tersebut dapat menghasilkan prestasi yang ditetapkan dan dipersetujui bersama diantara guru dan pentadbir. Adalah sangat menguntungkan semua pihak jika perkhidmatan yang singkat dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi. Pendekatan ini akan memberi situasi menang-menang (win-win). Kemenangan pertama ialah dipihak guru kerana boleh cepat kembali ke tempat asalnya. Kemenangan kedua pula ialah dipihak murid kerana berjaya lantaran kegigihan guru mereka. Sebenarnya banyak lagi amalan lain seperti penulisan buku rekod, pengujian, pengurusan disiplin sekolah dan lain-lain adalah perkara tradisi dan rutin. Akibatnya fungsi-fungsi dan perilaku ini menjadi kurang bererti dan tidak dapat membantu untuk meninggikan mutu pelajaran dan juga pendidikan.

Dari segi "reflective rationality" keadaan dan perilaku ini perlu diubah. Pegawai-pegawaiyang menyelia tidak menggunakan senarai semak piawai yang telah disediakan.Melihat perlu dari sudut pandangan sekolah itu sendiri dan menggalakkan perilaku yang bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Justeru itu mereka perlu menyediakan senarai semak yang bersesuaian dan releven. Penyediaan jadual waktu perlu diubah tanpa menurut kelaziman, tetapi bersifat anjal dan disesuaikan dengan keperluan pelajar. Demikian juga dengan penyediaan pengujian, cara mengatasi masalah disiplin dan sebagainya. Secara keseluruhannya, budaya "technical rationality" tidak perlu diketepikan sama sekali. Budaya ini masih diperlukan dalam perkara-perkara yang tertentu yang memerlukan kepada "conformity" seperti kursus pengajian, kandungan kurikulum dan kewangan. Perkara-perkara ini merupakan dasar yang perlu dipatuhi. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, budaya sekolah, hal ehwal pelajar dan lain-lain memerlukan inovasi, kreativiti dan imaginasi untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam pembelajaran.

Satu lagi dimensi implikasi budaya "reflective rationality" ialah perubahan corak perhubungan di antara pusat dengan pinggir. Perkembangan ini ialah ke arah pengurusan berasaskan sekolah (school based management) dan penurunan kuasa kepada guru di bilik darjah. Dengan kata lain budi bicara, kebijaksanaan dan juga kuasa diturunkan kepada sekolah dan guru untuk memikirkan dan merancangkan cara-cara terbaik untuk melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum dan lain-lain cara yang sesuai, cekap dan berkesan. Model perhubungan tidah lagi seperti piramid di mana pusat berada di mercu dan pinggir berada di dasarnya. Piramid mestilah diterbalikkan, lantas menjadikan pinggir lebih utama dan pusat pula di tempat kedua. Ini bermakna guru-guru yang berada di barisan hadapan menjadi golongan yang penting dan yang lainnya hanya sebagai pembantu. Perubahan dari segi keutamaan dan kedudukan, pengiktirafan dan keyakinan yang diberikan akan mencetuskan kesan-kesan yang positif kerana guru-guru didorong untuk berfikir, bersikap kretif, inovatif dan imaginatif dan juga berinisiatif. Penurunan kuasa ini bermakna pengurangan kuasa Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dan bukannya perlupusan kuasa. Apa yang perlu dilihat ialah berlakunya perkongsian kuasa, kesetiakawanan dan kesejawatan di antara pusat dengan pinggiran, pegawai-pegawai dengan guru-guru dan pengurus atau pentadbir sekolah dengan kakitangan.

Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini amat memerlukan kita mengubah cara-cara kita menguruskan perubahan, sama ada kurikulum dan lain-lain, daripada cara-cara yang biasa dan "reasonable" kepada cara-cara yang baru dan "unreasonable". Sistem pendidikan di Malaysia menjadi begitu besar dan kompleks dan sukar diuruskan sepenuhnya dari pusat. Latihan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kepakaran guru-guru perlu diserahkan kepada negeri, daerah atau jabatan. Pengalaman, pengetahuan, keikhtisasan dan kepakaran pada setiap peringkat akan menggerakkan penurunan kuasa dan pembentukan "reflective rationality" yang akan membawa kesan positif ke arah pencapaian hasrat FPN dan matlamat Wawasan 2020.
 
 
 
 

10.5 SISTEM PENGESANAN WAWASAN PENDIDIKAN

Pengesanan merupakan salah satu fungsi pengurusan dan salah satu komponen penting dalam proses kurikulum. Maksudnya pengurusan tidak lengkap dan perkembangan kurikulum tidak akan sempurna tanpa pengesanan. Malahan dalam keadaan biasa pengesanan perlu dilakukan, apatah lagi dalam keadaan strategik dan penting. Tujuannya ialah untuk membolehkan pihak perancang dan pelaksana mengetahui status perlaksanaan dan perkara-perkara yang berlaku di gelanggang pendidikan.

Berasaskan kepada dapatan-dapatan yang diperolehi tindakan yang sewajarnya boleh diambil, misalnya untuk memperbaikki kelemahan-kelemahan yang dikesan sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Untuk mencapai Falasafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, peruntukan dan pelaburan yang besar telah disalurkan kepada sektor pendidikan. Selaras dengan ini, rakyat Malaysia mesti meningkatkan akauntabiliti ataupun pertanggungjawaban. Kita perlu mengukur dan menganalisa setiap aktiviti yang dijalankan agar menjurus dan menepati dengan matlamat pendidikan. Ini juga bermakna kita perlu mewujudkan petunjuk-petunjuk di setiap peringkat perlaksanaan supaya kita dapat mengetahui prestasi dan menentukan haluan. Setiap unit dan bahagian perlu membuat perancangan yang selaras dengan fungsi unit masing-masing. Perancangan boleh dibuat meliputi tempoh lima tahun dan rancangan bagi setiap tahun diperincikan. Pada penghujung setiap tahun matlamat ini dinilai dan difisit dibawa ketahun hadapan untuk diatasi. Dengan cara ini akauntibiliti tiap-tiap unit atau bahagian dapat ditingkatkan.

Dalam konteks KBSR dan KBSM, tumpuan-tumpuan dan strategi-strategi yang ditetapkan perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) di bilik-bilik darjah, dalam aktiviti kokurikulum dan budaya sekolah. Jika tumpuan-tumpuan dan strategi-strategi tersebut diabaikan, hasrat untuk melahirkan warganegara yang berakhlak mulia akan terjejas. Ini bermakna pengesanan berterusan perlu dilakukan. Walau bagaimanapun pengesanan tidak perlu mengambil masa yang panjang kerana yang diperlukan ialah gambaran keadaan yang berlaku sama ada ia bersikap positif atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi bila dilihat kepada saranan agar kuasa diturunkan kepada guru dan daya usaha serta perancangan dan tindakan diserahkan kepada sekolah-sekolah, peranan pengesanan menjadi semakin penting. Tujuan utama ialah untuk memastikan guru-guru dapat melaksanakan apa-apa rancangan atau program dengan cekap dan berkesan. Jika terdapat kekurangan di mana-mana kita bertanggungjawab untuk membetulkannya. Justeru itu satu sistem pengesanan yang berkesan akan berterusan perlu diwujudkan untuk membolehkan kita mendapat maklumat yang terkini.

Sekawtu KBSM mula dilaksanakan dan FPN juga baru diisytiharkan, satu penilaian ringkas dan pantas diwujudkan dikenali sebagai "dipstick". Tujuan utama ialah untuk mengetahui tentang kefahaman guru mengenai FPN dan bagaimana strategi-strategi utama kurikulum sepadu dapat dilaksanakan. Semua sekolah menengah dikehendaki melaksanakannya. Daerah dan negeri mengumpulkan maklumat dan kemudiannya dihantar ke Pusat Perkembangan Kurikulum. Walaupun ringkas, hanya "dipstick", kita mendapatkan gambaran sebenar tentang kefahaman guru-guru KBSM. Dapatan dari pengesanan ini amat berfaedah, dan dapat membantu kita memperbaiki dan meningkatkan lagi perlaksanaan KBSM.

Memandangkan kita perlu memenuhi piawaian baru dan hasil-hasil baru yang selaras dengan hasrat FPN dankeperluan Wawasan 2020, sistem pengesanan perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Semua pihak dari pengurusan pendidikan di semua peringkat perlu mewujudkan satu sistem pengesanan yang baik, cekap dan berkesan. Pelbagai pihak yang terlibat dalam pengesanan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Jemaah Nazir, Pusat Perkembangan Kurikulum dan lain-lain perlu memikirkan satu sistem penilaian yang bersepadu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penduaan, pembaziran dan yang utamanya ialah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, tepat dan berguna.
 
 
 
 

10.6 BUDAYA ILMU WAWASAN PENDIDIKAN

Salah satu ciri utama warga Malaysia menurut FPN ialah berbudaya ilmu. Wawasan 2020 pula menegaskan tentang keperluan melahirkan individu dan masyarakat yang kaya maklumat. Budaya ilmu menjadi pra syarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sesebuah negara maju, berwibawa dan cemerlang. Hal ini ditegaskan oleh M. Wasiullah Khan (Canselor East West University, Chicago USA);

The history of mankind bear witness of fact that rise and fall of peoples and civilizations are directly related to the acquisition, production and sagacious use of knowledge. Those who excel is this respect assume the leadership of nations.

(Education and Society in Muslim World, halaman 25)

Salah satu tumpuan utama dalam KBSM dan KBSR ialah memupukan budaya

ilmu di dalam diri pelajar. Matlamatnya ialah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka. Mereka berlumba-lumba untuk memiliki, memperkembangkan, memanafaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan diri, seluruh manusia dan alam sejagat. Pola-pola utama yang perlu ditanam di dalam diri pelajar ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Pelajar perlu digalakan untuk terus minat membaca, mencari maklumat, merujuk bahan-bahan di pusat sumber dan membuat penyelidikan. Pelajar perlu digalakan berbincang dan mengeluarkan buah fikiran. Pendekatan yang dibawa oleh KBSM dan KBSR ialah pembelajaran berpusatkan kepada pelajar (child-centered). Pembelajaran berpusat kepada guru tidak lagi sesuai. Ini dapat mengembangkan minat dan potensi untuk mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan.

Walaupun tumpuan dalam kurikulum adalah untuk pelajar, para pendidik mesti terlebih dahulu menghayati dan mengamalkannya. Para pendidik tidak akan menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Para pendidik harus tampil memimpin anak didik dan masyarakat mengamalkan dan menghayati budaya ilmu melalui contoh teladan.
 
 
 
 
 
 

10.7 SEKOLAH PENYAYANG DALAM WAWASAN PENDIDIKAN

Sifat penyayang perlu dipupuk dan diperkembangkan dalam perkhidmatan pendidikan dimana ia selaras dengan cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat penyayang. Matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha ini tidak dilakukan oleh semua pihak, lebih-lebih lagi sekolah dan rumah tangga. Cabaran ini merupakan cabaran strategik yang ketujuh berbunyi seperti berikut;

…. Membentuk sesebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang,

sesebuah sistem sosisl yang lebih mementingkan masyarakatdaripada diri sendiri,

dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi

kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.

(MMKH: halaman 4)

Sekolah merupakan satu bentuk keluarga yang besar. Kebahagian keluarga sekolah bergantung kepada kasih sayang. Sesungguhnya kasih sayang adalah fitrah dalam diri manusia dan ia adalah tenaga pengikat yang kuat sesama manusia. Malahan ia boleh diluaskan kepada haiwan, tumbuhan dan objek-objek tidak bernyawa. Oleh yang demikian adalah ganjil jika timbul rasa kebencian dalam diri pelajar terhadap pendidikan, melainkan kerana mereka dilayan sebegitu rupa. Kata-kata berikut perlu kita jadikan pegangan;

If a child lives with acceptance and friendship,

He learns to find love in the world

Para pendidik perlu mempunyai tanggapan positif dan betul terhadap pelajar-pelajar untuk membentuk sekolah penyayang yang penuh dengan perasaan kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat menghormati, ikram dan berbudi bahasa. Pertama setiap anak boleh dididik. Pendidikan adalah sebagai hak asasi dan setiap anak berhak mendapatkan pendidikan. Kedua, setiap anak mempunyai potensi untuk belajar. Setiap orang Islam diwajibkan belajar. Ketiga, setiap anak boleh mencapai kecemerlangan. Potensi pelajar perlu dikembangkan ke tahap maksimum. Jika para pendidik melihat anak-anak dengan cara yang positif dan memikirkannya dengan cara yang positif juga, maka hasilnya ialah positif. Pandangan-pandangan negatif seperti anak petani malas, anak nelayan bebal, dan sebagainya perlulah dihapuskan. Jika pelajar dididik secara positif, mereka akan memiliki kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri. Para pendidik perlu menghayati kenyataan berikut;

If a child learns with encouragement, he learns confidence,

If a child lives with praise, he learns to appreaciate,

If a child lives with approval, he learns to like himself.

Pendidik perlu menginsafi bahawa manusia mempunyai harga diri. Ia berkait rapat dengan maruah, kebangaan dan kehormatan diri. Harga diri adalah anugerah Allah yang amat bernilai. Hayatilah kenyataan di bawah;

If a child lives with criticism, he learns to condemn,

If a child lives with hostility, he learns to fight

If a child lives with ridicule, he lerns to be shy

If a child lives with shame, he learns to feel guilty

Jika pelajar merasa benci terhadap institusi pelajaran, mereka mungkin hilang kepercayaan kepada manusia dan akhirnya mendorong mereka melakukan perbuatan salah laku. Para pendidik perlu dipimpin agar mereka akan beranggapan bahawa "Sekolahku Rumahku Syurgaku". Pendidik perlu berusaha mengenali nama pelajar, mengecam dan memanggil nama mereka. Ini adalah mustahak kerana pada nama itulah identiti, pengiktirafan, kebanggaan dan harga diri. Ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan kemesraan, hormat menghormati, kepercayaan dan ketaatan. Dengan yang demikian mereka akan cintakan guru, ilmu dan sekolah.

10.8 BUDAYA CEMERLANG DALAM WAWASAN PENDIDIKAN

Budaya cemerlang telah ditekankan di dalam FPN dan Wawasan 2020. Oleh itu, cita-cita yang besar ini perlu diiringi dengan kerja-kerja yang besar, pengorbanan dan perjuangan. Budaya cemerlang telah dijelmakan melalui Dasar Pandang ke Timur (1982), Bersih, Cekap dan Amanah (1982), Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Penerapan Nilai-Nilai Islam (1985/86). Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dilancarkan pada 20 November 1989. Penekanan ialah kepada mutu kerja dan produktiviti melalui penerapan nilai-nilai dan budaya kerja koporat . Pada 31 Oktober setiap tahun, iaitubermula dari tahun 1991, ditetapkan sebagai Hari Q perkhidmatan awam. Prestasi dan pencapaian bukanlah suatu yang statik. Manusia tidak boleh berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian yang dicapai. Satu konsep utama untuk membangunkan budaya cemerlang ialah amanah. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia adalah amanah. Manusia bertanggung jawab untuk melaksanakannya dan penanggungjawabannya yang tertinggi ialah kepada Allah S.W.T. Kecemerlangan mesti dijadikan motto, pegangan dan amalan. Budaya kerja cemerlang yang disarankan oleh Perkhidmatan Awam Malaysia mengandungi dua nilai utama dan lima nilai sokongan. Nilai-nilai utama ialah keutuhan (integrity) dan prestasi yang bermutu. Nilai-nilai sokongan pula ialah berorentasikan pelanggan, berorentasikan kemanusiaan, inteletualism, profesionalisme dan daya serta disiplin diri. Sementara itu dalam budaya koporat diutamakan rasa kepunyaan, kesetiaan. partisipasi, komitmen, dedikasi dan kecemerlangan.

Segala nila-nilai positif dan teladan-teladan yang berguna, sama ada dalam sejarah dan juga kontemporari perlulah dijadikan pedoman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik. Budaya cemerlang perlu dihayati dan diamalkan. Budaya cemerlang mestilah merangkumi budaya ilmu, sahsiah peribadi dan akhlak.

10.9 PEMBINAAN PETUNJUK-PETUNJUK WAWASAN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan mengadakan petunjuk-petunjuk yang boleh dijadikan ukuran terhadap segala aktiviti, program dan projek. Ini dilakukan untuk mengatasi penghanyutan organisasi di mana ia adalah selaras dengan Wawasan 2020 dan Falasafah Pendidikan Negara. Petunjuk-petunjuk ini adalah berasaskan kecemerlangan. Konsep "Zero Defect" atau konsep tiada kecacatan adalah konsep yang digunakan dalam pengurusan koporat untuk mengawal dan meningkatkan daya saing yang tinggi. Justeru didalam pendidikan, konsep ketiadaan kecacatan boleh digunakan bagi melambangkan usaha ke arah kecemerlangan dan meningkatkan perihatin dan sensitiviti terhadap kualiti.

Intipati kepada konsep ketiadaan kecacatan ialah ketiadaan kegagalan, ketiadaan masalah disiplin, ketiadaan masalah dadah, ketiadaan kekotoran dan seumpamanya. Bagi setiap aspek yang dikenalpasti pemboleh ubah yang tertentu dapat dioperasikan untuk membina indeks "zero defect" bagi aspek-aspek yang tertentu. Akhirnya Kementerian Pendidikan akan mempunyai petunjuk-petunjuk yang konkrit bagi mengukur keberkesanan dan akauntabilitinya. Aspek-aspek tersebut ialah budaya cemerlang, sekolah penyayang, perkhidmatan penyayang dan sebagainya. Indeks bagi melambangkan setiap konsep tersebut adalah penting bagi memastikan bahawa apa yang dikata akan dikotakan.
 
 

11. PENUTUP

Cita-cita dan matlamat negara telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Amanah dan harapan yang dipikul adalah amat besar sekali. Rakyat perlu menilai dan memperbaiki diri, cara bekerja, cara berfikir, cara bertindak dan cara melihat hasil kerja. Perlunya sikap terbuka dan sedia untuk berubah serta meninggalkan sifat degil mempertahankan nilai-nilai lapok, pandangan sempit, ego, mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rujukan;

  1. Wawasan 2020 Aspek Politik Dan Sosial.

  2. Penyelenggara: Jurij Hj. Jalaludin Penerbit: Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd

  3. Menghala Wawasan 2020.

  4. Pengarang: Abu Hassan Adam Penerbit: Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd

  5. Penghayatan Wawasan Pembaangunan Negara.

  6. Pengarang: Nik Azis Nik Pa Penerbit: DBP

  7. Pendidikan Dan Wawasan 2020.

  8. Pengarang: Tajul Ariffin Noordin Penerbit: Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd

  9. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian.

  10. Pengarang: Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

    Penerbit: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

  11. Wawasan 2020.

  12. Teks ucapan Dr Mahathir Mohamad 1991

  13. Kertas Utama Persidangan Pendidikan Nasional 1993.

  14. Pengarang: Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

  15. Dictionary of Education.
  16. [keluar]