Well, bagi pengemar kuih muih, just check out the below. 
Get your printer ready, put on the papers dan just print out this page.
Jika kamu ada resipi untuk disumbangkan just sent me an email.

1.  KEK WIDURI
 

    • 10 biji telur ayam
    • 300 g mentega
    • 1 gelas gula ( di beri warna kuning dan hijau )
    • 100 g manisan masam manis
    • 125 g minyak sapi
    • 1 gelas gula halus
    • 2 gelas CERELEC ( Nestum With Milk )
    • 1 gelas tepung biskut creaker

    • 1 tin susu manis
Cara membuatnya
Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gfula sehingga kembang.Ketepikan dulu. Didalam bekas lain pukul mentega dan minyak sapi sehingga sebati. Masukkan kuning telur sehingga satu persatu hingga habis.campurkan adunan putih telur.Gaul hingga rata. Masukkankan CERELAC, tepung biskut creaker, gula berwarna hijau dan kuning, buah masam manis dan susu. Kukuslah adunan tadi sehingga masak. 
 

2.  KEK TEMBOK BERLIN
 

    • 6 biji telur
    • 2 gelas tepung gandum
    • 2 sudu tepung jagung
    • 300 g buah kismis hitam
    • 1 sudu the baking powder
    • 8 aun mentega
    • 1 gelas gula merah
    • 1 tin kaya kecil
    • 40 batang kuih sepit
    • 1/2 tin susu manis
Cara Membuatnya
Gula dan mentega di pukul hingga putih. telur di pukul berasingan. masukkan adunan telur tadi kedalam adunan mentega dan gaul rata.Masukkan kaya dan susu.masukkan tepung jagung dan baking powder. Kuih sepit di masukkan kismis ke dalamnya.Tuangkan adunan tadi kedalam acuan. Buatlah berlapis-lapis dengan kuih sepit sehingga habis kukuslah sehingga masak. 
 

3.  KEK KUKUS BUAH - BUAHAN.
 

    • 5 biji telur ayam
    • 1 tin mentega ( 12 aun )
    • 2 cawan gula halus
    • 2 cawan gula ( untuk di masak )
    • 2 sudu the cream of tarter
    • 2 sudu makan bicarbonate of soda
    • 800 g tepung gandum
    • 1 kotak mix fruit ( di gaul sedikit dengan tepung gandum )
    • 1 paket buah kundur
    • 1 paket kismis
    • 1 sudu the esen vanilla.


Cara Membuatnya
Telur di pukul dengan gula sampai naik. Mega dipukul di tempat yang berasingan sampai kembang. 
Kemudian campurkan adunan telur dan adunan mentega tadi,kacau rata.masukkan tepung,cream of tartar,bicarbonate of soda dan esen vanilla.Kacau rata,masukkan buah-buahan.Masukkan gula sambil dikacau perlahan-lahan dia atas api kecil sehingga warnanya kuning dan mendidih sedikit.Kemudian dituang terus kedalam adunan tadi dan kacau rata-rata.Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukuslah selama 4 jam. 
 

4.  KEK BANANA SPLIT
 

    • 6 biji telur
    • 2 gelas pisang embun
    • 1/2 sudu esen pisang
    • 4 susu susu pekat
    • 1 tin kecil margerin
    • 2 gelas gula
    • 4 1/2 gelas tepung gandum
    • 1 sudu baking powder
    • 4 sudu kecil bicarbonate
Cara Membuatnya
Pukul gula dengan margerine sampai kembang. Masukkan telur yang telah di pukul,susu dan akhir sekali masukkkan tepung yang telah di gaul dengan baking powder dean bicarbonate of soda, sedikit demi sedikit sampai habis. Masukkan pisang dan esen pisang. Kacau rata. masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar sampai masak. 

5.  KEK FERI MALAYSIA 
 

    • 1 1/2 gelas gula halus
    • 1/2 botol peanut butter
    • 1 gelas milo
    • 1 gelas horlick
    • 1 tin susu manis
    • 16 aun mentega
    • 2 gula gelas tepung gandum
    • 10 biji telur manuk
    • 1 sud the baking powder


Cara Membuatnya
Pukul mentega dengan gula sampai kembang.Masukkan telur satu persatu sampai habis.Masukkan tepung,susu b.powder dan kacau rata.Bahagi adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian campurkan mila, 1 bahagian campurkan peanut butter, 1 bahagian campurkan horlick. Tuangkan 2 atau 1 senduk adunan peanut butter, kemudian adunan milo seterusnya horlick. Buatlah begitu sehingga habis. Kemudian kukus. ( Bolehlah juga di buat berlapis-lapis. 
 

6.  KEK NAKHODA KAPAL KARAM 
 

    • 8 biji telur manuk
    • 1 gelas gula halus
    • 2 gelas tepung gandum
    • 1/2 tin susu manis
    • 16 aun mentega
    • 1 tin tinggi kaya
    • 1 botol horlick kecil
    • 4 sus makan milo


Cara Membuatnya
Mentega,susu dan kaya di kacau dalam satu tempat hingga sebati tetapi jangan di biarkan kembang .kemudian campurkan menjadi satu adunan tadi dan masukkan tepung gandum. selepas itu masukkan horlick,milo dan browning. Gaul hingga sebati dan kukus selama 4 jam. 

7.  KEK DAMAI BEACH 
 

    • 10 biji telur manok
    • 16 oz mentega
    • 1 tin milo ( kecil )
    • 2 botol horlick
    • 2 gelas tepong roti merry
    • 1 1/2 gelas gula halus
    • 1 sudu the vanilla
    • sedikit browning
    • 1 tin susu manis
Cara Membuatnya
Pukul mentega bersama gula, kemudian masukkan telur sebiji-biji. kemudian masukkan tepung roti merry,gaul sampai rata.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.satu bahagian di beri milo dan browning, satu lagi di beri horlick. Kukuslah berlapis-lapis hingga habis. 

8.  KEK HITAM SERIKAYA. 
 

    • 10 biji telur
    • 1 tin susu manis
    • 1 botol horlick coklat
    • 1 botol browning
    • 2 1/2 gelas tepung gandum
    • sedikit esen vanilla
    • 16 aun mentega
    • 1 tin sederhana serilkaya
    • 2 gelas gula halus
    • 1 tin Nestle Cream
    • 1 sudu the baking powder


Cara Membuatnya
Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu.Masukkan serikaya,horlick,nestle cream susu manis dan vanilla. Tepung di ayak dengahn baking powder kemudian di masukkan kedalam adunan tadi. masukkan browning dan vanilla. masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 4 jam. 
 

9.  KEK LAPIS HITAM PUTIH KEHIDUPAN. 
 

    • 16 aun mentega
    • 10 biji telur manuk
    • 3 sudu makan gula hitam
    • 3 gelas tepung gandum
    • 1 tin susu manis
    • 2 paket buah prune
    • 3 gelas gula halus


Cara Membuatnya
HITAM - buah prune di kisar halus. Mentega 1/2 tin di gaul dengan 1 gelas gula dan 1/2 tin susu.Masukkan kuning telur dan gaul hingga rata. masukkan buah prune 1 1/2 gelas tepung gandum dan gula hitam. 
PUTIH - Mentega 1/2 tin di pukul dengan 1/2 susu manis. Pukul putih telur dengan 2 gelas gula sampai putih,kemudian campurkan kedalam adunan mentega tadi . akhirnya masukkan 1 1/2 gelas tepung gandum. 
Kukus selapis demi selapis sampai habis. 

10.  BISKUT CHE ANY 
 

    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung gandum,
    • 1 cawan gula asing
    • 1 cawan kelapa parut tin
    • 2 biji telur putih
    • 2 sudu besar susu pekat


Cara Membuatnya
Putarkan putih telur hingga kembang. Masukkan semua bahan sambil di kacau hingga rata. Buatkan adunan,kemudian atur di atas dulang. 
 

11.  KEK SERIKAYA 
 

    • 3 cawan tepung gandum
    • 5 biji telur ayam
    • 1 sudu the baking powder
    • 500 g mentega
    • 1/2 tin susu manis
    • 1 tin kecil serikaya
    • 3 sudu tepung kastard
    • 1 cawan gula halus
    • 1 sudu the esen vanilla


Cara Membuatnya
Telur di pukul sampai kembang. Lepas itu pukul mentega dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur yang sudah di pukul tadi ke dalam adunan mentega. gaulkan sama rata dan kemudian masukkan baking powder,susu, serikaya, tepung gandum dan tepung penaik, esen vanilla dan tepung kastard. kemudian di bakar. 
 

12.  KEK SARANG TABUAN 
 

    • 5 biji telur ayam
    • 2 sudu makan mentega
    • 1 gelas gula untuk di masak
    • 1/2 tin susu manis
    • 1 gelas tepung gandum
    • 1 sudu the bicarbonate
    • 1 gelas ais untuk memasak gula.


Cara Membuatnya
Mentega di lecek sampai lembut. Kemudian telur di pukul berasingan sampai kembang. Lepas itu masukkan mentega, tadi ke dalama adunan telur dan pukul.Masakkan gula sampai kuning dan masukkan 1 gelas air. Kacau rata-rata sampai mendidih. Biarkan sejuk. Kemudian masukan tepung gandum ke dalam adunan telur tadi. kacau sampai rata dan masukkan gula yang telah di masak tadi.kacau dan lepas itu masukkan susu dan akhir sekali masukkan bicarbonate. Bakar sampai masak. 
 

13.  KEK PERMATA NILAM. 
 

    • 1 tin susu manis
    • 1 gelas gula tepung gandum
    • 1 tin besar kaya
    • 1 sudu the baking powder
    • 16 aun mentega
    • 1 botol gravy browning
    • 1 botol kecil horlick
    • 2 gelas tepung gandum
    • 2 gelas gula halus
    • 2 sudu the koko coklat
    • 1 botol plastik gula hitam
    • 10 biji telur.


Cara Membuatnya
Gula dan mentega di pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. gaul rata. Masukkan susu tepung,horlick dan koko. Bila sudah rata, masukkan tepung gandum yang telah di ayak dengan baking powder. Akhir sekali di masukkan gula hitam dan gravy browning. Kukus selama 4 jam. selepas kek ini di masak, biarkan 2 jam di dalam pengukus supaya permukaan kuih tidak rosak. 

14.  KEK LAPIS PANTAI PUTERI 
 

    • 300 G mentega 3/4 tin susu manis
    • 3/4 gelas nestum 1 botol coklat rice
    • 3 camca sedang koko 10 biji telur ayam
    • 1 camca the esen vanilla 4 biji ceri merah
    • 1/2 gelas kismis hitam 1 gelas gula halus
    • 1/2 gelas horlick 1 gelas tepung gandum
    • sedikit pewarna kuning 4 biji ceri hijau
 Cara Membuatnya
Pukul putih telur dan gula hingga kembang. Susu di pukul hingga kembang. Susu dipukul bersama mentega di tempat lain hingga sebati. Satukan, kedua - dua adunan sambil di kacau rata-rata. masukkan esen vanilla dan Nestum , kacau rata-rata. 
Masukkan tepung dan kacau lagi. Adunan dibahagi 2 bahgian sama banyak :- 
1. masukkan koko ceri merah,ceri hijau dan kisnis 
2.masukkan pewarna kuning,coklat rice dan horlick. 

Sediakan acuan, dialas kertas dan di sapu mentega dan di tabur tepung.Kukus lapisan 1 dahulu. Apabila agak masak,bolehlah dimasukan bahagian 2 dan kukus.buatlah begini sehingga masak. 
 

15.  KEK BATU MUTIARA 
 

    • 1 gelas gula horlick 1/2 tin ssus manis
    • 1/2 gelas nesco 3 sudu besar golden syrup
    • 1 1/2 gelas gula 2 sudu besar tepung gandum
    • 10 biji telur ayam. asingkan putih dan kuning telur 2 bungkus cerry merah dan hijau
    • 16 oz mentega dibahagi 2


Cara Membuatnya
Bahagikan putih telur , pukul putih telur dengan gula hingga kembang. kacau 8 oz mentega dengan 1/2 tin susu manis kemudian campurkan adunan ( putih telur dan gula tadi ) kemudia masukkan adunan mentega dan susu dan kacau hingga rata. 
8 oz mentega di pukul dengan 1/2 gelas gula sampai sebati. kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga rata. Masukkan golden syrup.horlick dan kacau hingga rata. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul rata-rata. Kukus bahagian kuning dulu dan susun cerry merah di atasnya. kemudian kukus bahagian putih dan susun cerry hijau di atasnya. Buatlah berselang-seli sampai habis dan kukus sampai masak. 

 16.  KEK LAPISAN MANJA 
 

    • 1O biji telur ayam 2 gelas tepung roti cream creaker
    • 3/4 gelas kacang goreng di tumbuk 1 gelas gula pasir
    • 3 sudu besar nescafe 1 tin tinggi kaya
    • 16 oz mentega 1 tin susu manis
    • 1/2 tin kelapa kering 1 sudu the vanilla
    • sedikit warna hijau
Cara Membuatnya
Putih telur di pukul dengan gula hingga kembang,barulah masuk kuning telur dan kacau hingga rata. kacau mentega dengan susu sampai cair,kemudian masukkan serikaya dan kacau rata. Campurkan kedua-dua adunan tadi dan masukkan vanilla dan tepung roti cream creakers dan gaul rata-rata. Setelah itu bahagkan kepada dua bahagian, satu bahagian dicampurkan kacang dan nescafe dan satu bahagian lagi di beri kelapa kering dan warna hijau. Kukus bahagian kedua dulu,kemudian bahagian pertama. Buat berselang-seli sampai habis , kemudian kukuslah sampai masak. 

 17.  KEK PANDAN KETENGAH 
 

    • 4 biji telur manuk 150g gula castor
    • 250 g tepung gandum 2 sudu the serbuk penaik
    • 1 sudu the esen vanilla sedikit pewarna hijau
    • 100 g mentega cair.


Cara Membuatnya
Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau muda. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit tepung dan mentega cair hingga adunan sebati dan di kacau. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang sudah di sapukan dengan mentega. kemudian di alaskan dengan kertas wax, sapukan mentega dan taburkan tepung gandum di sekelilingnya 
 

18.  KEK RUMPUN SERAI 
 

    • 10 biji telur ayam 12 oz mentega
    • 1 1/2 gelas gula halus 1.00 buah gajus di potong
    • 1/2 tin susu manis 1/2 gelas milo
    • 2 1/2 gelas tepong roti cream creaker 1/2 gelas horlick
    • 1 sudu the vanilla 1 sud the gula browning hitam
    • 2 bungkus cerry merah dan hijau


Cara Membuatnya
Pukul putih telur dan gula sampai kembang,kemudian masukan kuning telur satu persatu sampai habis.Mentega di pukul dengan susu sampai kembang di tempat lain.Campurkan telur dengan adunan mentega tadi dan masukkan tepung roti 2 1.2 gelas serta horlick dan milo. Pukul lagi sampai sebati dan akhir sekali masukan vanilla dan browning sugar. adunan tadi di bahagilkan kepada dua bahagian. satu bahagian di masukan buah gajus dan satu bahagian lagi di masukkan buah cerry. Buatlah sampai habis. 

 19.  KEK HATI BATU 

Bahagian dalam : 

    • 5 biji telur ayam 1/2 sudu baking powder
    • 6 aun gula halus 8 aun tepung gandum
    • 6 aun mentega 1 sudu vanilla


Cara Membuatnya
Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung yang telah di campur dengan baking powder. akhir sekali masukkan vanilla. Kacau sampai rata. Bakarlah menggunakan kuali kecil selapis demi selapis sampai habis. Ini menjadi bentuk jantung pisang. 

Bahan luar. 

    • 12 biji telur 16 aun mentega
    • 1 1/2 gelas tepung gandum 1 botol kecil horlick
    • 1 1/2 gelas gula halus 1 kotak ice cream vanilla
    • 1/2 tin susu manis
Cara Membuatnya
Pukul mentega dengan gula sampai kembang.Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung gandum susu manis, dan kacau rata. masukkan horlick dan ice cream. Bahagiakan kepada tiga bahagian iaitu merah,hijau dan oren. Kukuslah bahagian berwarna m,erah dahulu. Apabila masak kukuslah warna hijau, apabila masak letakkan bahan dalam jantung. Kemudian adunan berwarna oren. Kukus. Apabila masak, masukan lapisan berwarna hijau, dan kukus lagi. Akhir sekali masukan adunan berwarna merah dan kukuslah sehingga masak. 
 

20.  BINGKA SERIKAYA 
 

    • 4 biji telur ayam 1/2 gelas gula
    • 4 sudu makan mentega 1 gelas susu cair
    • 3 gelas santan pekat 1 1/2 gelas tepung gandum
    • 1 tin kecil serikaya.


Cara Membuatnya
Kacau mentega dengan gula . Masukkan telur satu persatu,tepung, serikaya,susu dan santan. Kacau sampai rata. Bakar sehingga masak. 
 

21.  KEK BATU DELIMA 
 

    • 1 1/2 gelas gula halus 1 kotak buah bidara
    • 1 sudu the baking powder 3 sudu makan nescafe
    • 1 tin kaya sederhana 10 bij telur manuk
    • 1 tin susu manis 2 gelas tepung gandum
    • 16 aun mentega sedikit pewarna hijau.


Cara Membuatnya
Mentega di pukul dengan gula sampai kembang. Telur di asingkan putih dan kuningnya. Pukul putih telur di dalam bekas berasingan sampai kembang kemudian masukkan kuning telur. pukul sampai rata dan kemudian masukkan kedalam adunan mentega tadi. Kacau sampai sebati. masukkan susu, sekaya, tepung dan baking powder. Gaul rata- rata kemudian bahagikan kepada dua bahagian : 

1. Masukkan nescafe,kukus sampai masak, sejukkan, potong sebesar ibu jari dan ketepikan 
2. Bubuh pewarna hijau, campurkan buah bidara yang sudah di potong panjang. gaul rata-rata. masukan kek yang sudah di potong panjang. gaul rata-rata dan masukkan kedalam acuan. 
Kukus sampai masak. 
 

22.  KEK KUKUS CORNFLAKE 
 

    • 10 biji telur 1 tin susu pekat
    • 2 gelas susu tepung 1/2 gelas tepung gandum
    • 1 tin cream ideal milk 1/2 gelas gula
    • 1/2 tin mentega 1 sudu the baking powder
    • 1 gelas cornflake sedikit esen vanilla
 Cara Membuatnya
Putih telur di pukul bersama gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu. Selepas itu masukkan mentega,susu tepung,tepung gandum dan baking powder. gaul sehingga sebati;. akhir sekali campurkan cream ideal milk, susu pekat,cornflake dan esen vanilla. gaul algi hingga rata. masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam. Apabila masak, hiaslah dengan mencucuk kepingan cornflake di tepi dan di atas kek tadi jika suka. 
 

23.  KEK COKLAT KURMA 
 

    • 3 camca besar kuku 1/4 cawan air panas
    • 60 g mentega 1 1/2 cawan tepung serbuk penaik
    • sedikit garam 3/4 cawan gula
    • 1 biji telur ( dipukul ) 1 cawan kurma ( dicincang )
    • 1 cawan walnut ( dicincang )
Cara Membuatnya
Kacau koko dalam air panas sehingga lembut gebu,masukkan mentega dan kacau sehingga ia cair atas air panas. Ayak tepung dan garam dalam mangkuk besar. masukkan gula, gaulkan. Campurkan bancuhan koko,telur yang telah di pukul,sus dan pukul sebati. Masukkan kurma, tuangkan kedalam acuan. taburkan walnut di atas adunan, kemudian bakar sehingga masak selama 45 minit 
 

24.  KEK NESTUM 
 

  • 10 biji telur ayam 1/4 gelas gula halus
  • 1/2 gelas susu manis 4 sudu makan kaya
  • 3 gelas nestum kuning 2 sudu the baking powder
  • 1 sudu the esen vanilla 16 aun mentega


Cara Membuatnya
Mentega di kacau dengan kaya. telur di pukul dengan gula hingga kembang. masukkan mentega,nestum,esen,susu dan baking powder. kacau rata-rata kemudian di bakar sehingga masak. 
 

25.  KEK LAPIS BUAH PEACH 
 

    • 10 biji telur ayam 16 aun mentega
    • 1 tin besar buah peach 1 gelas tepung roti creaker
    • 2 gelas tepung gandum 1 tin kaya kecil
    • 1 gelas gula halus 1 sus vanilla
    • pewarna hijau 1 tin cream corn di kisar halus


Cara Membuatnya
Telur di pukul dengan gula sampai kembang. Mentega di pukul dengan kaya,kemudian di masukkan kedalam adunan telur tadi.masukkan tepung gandum,tepung roti creakers dan vanilla. bahagikan kepada 2 adunan, satu bahagian di masukkan buah peach yang telah di cincang halus dan berikan warna kuning, bahagian kedua di masukkan jagung dan warna hijau. kacau rata-rata kedua adunan tadi. kemudian kukuslah berlapis-lapis sehingga habis. 

 26.  KEK MADU LEBAH 
 

    • 3 biji telur ayam 1 cawan minyak masak
    • 1 cawan gula 1 cawan madu
    • 3 cawan tepung gandum 2 sudu the baking powder
    • 1/2 sudu the kayu manis 1/4 sudu the all spice
    • 1/2 cawan kismis 1 cawan nescafe ( campurkan 2 sudu the nescafe kedalam 1 cawan air dan sejukkan )
    • 1 sudu the bikarbonate of soda


Cara Membuatnya
Campur dan ayakkan bersama tepung,baking powder,serbuk kayu manis dan all spice , Ketepikan, pukul gula dan minyak masak. masukkan telur satu persatu, masukkan madu. masukkan air nescafe yang telah di campur dengan bicarbonate of soda. Kemudian masukkan bahan yang telah di ayak tadi. akhir sekali, masukkan kismis, kemudian bakar kira-kira 1/2 jam. 
 

27.  KEK RAJA ARAFAT 

Untuk bahan dalam : 

    • 5 aun mentega 5 biji telur ayam
    • 4 sudu susu manis 1 gelas tepung gandum
    • 1/2 gelas gula pewarna merah dan hijau
    • 1 tin buah prune


Cara Membuatnya
Mentega dan gula di pukul. masukkan telur satu persatu sampai habis. masukkan tepung dan susu , dan di gaul rata-rata. Bahagikan kepada dua bahagian,warnakan kemudian bakar di dalam acuan berasingan. Apabila masak, di potong dadu dan bungkuslah dengan buah prune. 

Isinya : 

    • 8 biji telur 12 aun mentega
    • 1 gelas gula halus 1/2 tin susu manis
    • 1 tin kaya 1 botol kecil horlick coklat
    • 200 g kismis hitam 1 1/2 gelas tepung gandum
Mentega di pukul dengan gula sampai kembang. masukkan telur satu persatu, masukkan tepung, horlick, kaya,susu,vanilla dan kismis. Masukkan juga buah prune berinti kek tadi. gaul rata-rata. Selepas itu di kuar dia tas api sehingga pekat seperti membuat dodol. kemmudian masukkan kedalam acuan dan bakarlah dengan api yang sederhana. 
 

28.  KEK LAPIS SURABAYA 
 

    • 20 biji kuning telur 5 biji putih telur
    • 250 g gula halus 250 g mentega
    • 150 tepung gandum 1 sudu the esen vanilla
    • 3 sudu besar susu pekat 1 1/2 sudu besar rempah kuih


Cara Membuatnya
Campukan kesemua bahan-bahan di atas kemudian pukullah dengan deras dan pantas sehingga pekat dan sebati. setelah itu bahagilah adunan kepada beberapa warna, kemudian bakarlah selapis demis selapis berselang-seli sehingga selesai semuanya. 
 

29.  KEK GURUN SAKURA 
 

    • 10 biji telur manuk 1 tin susu manis
    • 1/2 gelas tepung susu 1 kati buah gajus di belah dua
    • 16 aun mentega 2 gelas tepung gandum
    • 10 keping coklat ( dipatah ) 2 kotak buah bidara
    • 1/2 sudu teh vanilla 1 gelas gula halus


Cara Membuatnya
Pukul mentega dengan gula sampai kembang. selepas itu masukkan telur satu persatu sampai habis. Kemudian masukkan susu tepung,tepung gandum, vanilla dan susu manis. Gaul buah gajus,bush bidara dan coklat. sesudah itu gaulkan semua bahan-bahan dan kacau sampai rata dan tuangkan ke dalam acuan. Kukus sampai masak dan kemudian di bakar sekejap. 
 

30.  KEK FRANCIS 
 

    • 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus
    • 1 botol peamut butter 1 gelas milo
    • 1 botol kecil horlick 1 tin susu manis
    • 1 1/2 gelas tepung gandum 1/2 gelas tepung roti marie
    • 1 bungkus buah cerry di hiris 16 aun mentega dan sedikit warna hijau.


Cara Membuatnya
Mentega di pukul dengan gula menjadi kembang. kemudian masukkan telur satu persatu sampai habis.Selepas itu masukkan tepung roti merri,susu dan tepung gamdum dan kacau sampai rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian satu bahggian dicampurkan dengan warna hijau dan dorlick, bahagian kedua di campurkan dengan milo dan bahagian ketiga di campurkan dengan buah cerry yang telah di hiris dengan halus. Ambil dua senduk daripada setiap adunan dan kukus. Lapiskan dengan peanut butter. Setelah masak, masukkan dua senduk adunan yang lain. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis. 
 

31.  KEK KACA REMUK 
 

    • 1 tin mentega ( 12 aun ) 5 biji telur ayam
    • 1/2 tin susu tepung (guna tin mentega 12 aun tepung gandum
    • 1/2 gelas gula kasar 600g manisan kundur ( digaulkan dengan sedikit tepung )


Cara Membuatnya
Telur di asingkan putih dan kuningnya. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang . Pukul mentega kemudian masukkan kuning telur. masukkan susu tepung, tepung gandum dan manisan kundutr. Gaul rata dan bakarlah sehingga masak. 
 
 

32.  KEK SEMBILU 
 

    • 300 g mentega 5 biji telur ayam
    • 1 gelas gula halus 1 gelas tepung gandum
    • 1/2 gelas susu tepung 1 tin kecil serikaya
    • 1 camca teh vanila sedikit pewarna merah,hijau dan kuning


Cara Membuatnya
Mentega dan gula di gaul rata. Masukkan telur sebiji-sebiji,kacau sehingga sebati. Masukan kaya,susu,tepung dan vanilla. Bancuh rata, kemudian bahagikan kepada 3 bahagian ;- 
satubahagian warna merah,satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna kuning. kukuslah lapis - demi lapis sehingga habis. apabila sejuk potongkan kecil-kecil. 

Adunan kedua: 
 

    • 300 g mentega 5 biji telur ayam
    • 1 gelas gula halus 1 gelas tepung roti merri
    • 1 tin kecil serikaya 1/2 tin kecil horlick coklat
    • 1/2 tin susu manis
Gula dan mentega di kacau rata sehingga sebati. Masukkan telur sebiji-sebiji dan di kacau rata.Masukkan tepung roti,kaya,horlick coklat,susu manis dan kacau hingga sebati. Kukuslah bersama kek yang di potong tadi. 
 

33.  KEK SELAYANG PANDANG 
 

    • 16 biji kuning telur 8 biji putih telur
    • 2 camca besar tepung jagung 2 camca teh quick 75
    • 160 g gula halus 120 g tepung gandum
    • 2 camca teh coffe oil 4 camca besar susu tepung
    • 160 g mentega cair 1 sudu tea straberry paste
    • 1 camca butter oil pewarna unggu,kuning,merah,coklat dan hijau


Cara Membuatnya
Campurkan semua bahan kecuali mentega. Pukul sehingga pekat,sesudah pekat masukkan mentega dan kacau sehingga rata. Bahagikan kepada 5 bahagian, kemudian pancitkan mengikut sesuka hati. 
 

34.  KEK SINARAN KEGEMILANGAN 
 

    • 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus
    • 1 tin susu manis 12 oz mentega
    • 2 kotak kecil ais cream magnolia putih 1 tin kecil kaya
    • 2 gelas tepung gandum 2 sudu tea baking powder
    • 4 sudu makan minyak sapi 4 sudu makan koko


Cara Membuatnya
Asingkan putih dan kuning telur,kemudian pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder kuar sampai rata. Masukkan kunig telur satu persatu hingga habis dan ketepikan. Mentega dan susu di putar sampai bersatu dan masukkan ais cream. Gaulkan sehingga sebati. Campurkan nadunan mentega kedalam adunan telur tadi. Masukkan tepung dan 1/2 tin kaya dan kacau adunan,ketepikan. 1/2 tin kaya,koko dan minyak sapi di satukan untuk melapis. Tambahkan 2 atau 3 senduk adunan asli ke dalam adunan koko kemudian kukus angaran 2 senduk,adunan putih. Kemudian angkat. Lapiskan dengan 2 sudu adunan koko. Buatlah begitu sehingga habis. 
 

 


 
halaman_utama akhbar album biodata keluarga pelbagai radio sekolah