KESAN-KESAN GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi.

Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;

    1. Perubahan pada kurikulum pendidikan
    2. Perubahan pada sistem pendidikan
    3. Falasafah pendidikan
    4. Penggunaan teknologi maklumat
    5. Pendemokrasian pendidikan
    6. Agama dan gejala sosial
    7. Integrasi nasional

 
 
 
 

Perubahan kurikulum pendidikan

Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR –1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM – 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.

Satu hakikat penting yang perlu kita sedari ialah bahawa walaupun sekolah berada di tengah-tengah masyarakat dan sentiasa terdedah kepada gelombang penghidupan, berbanding dengan tempat-tempat lain, ia masih merupakan satu-satunya tempat yang terkawal buat masa ini. Maka tidak hairanlah jika ramai mengharapkan kepada sekolah: ibu bapa mengharapkan kepada sekolah dapat menjadikan anak-anak mereka manusia; masyarakat mengharapkan kepada sekolah dapat melengkapkan generasi muda dengan nilai-nilai dan budaya bangsanya; majikan mengharapkan kepada sekolah dapat melahirkan sumber manusia yang sesuai dan berkualiti; dan negara pula mengharapkan kepada sekolah dapat menjayakan pembentukan warganegara yang baik. Sekolah dianggap sebagai benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa.

Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia, jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun.
 


(Hanna Hloborn Gray)


 


Perubahan pada sistem pendidikan

Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.

Pengurusan dan kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu simpulan yang akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusan dan kepimpinan mestilah berkualiti dan berwibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulan atau organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal kerana institusi pendidikan adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah kilang itu tidak dapat menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh dibuang atau diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.

Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.

Dasar Pendidikan negara perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas. Falsafah ini hendaklah merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan sebagainya. Falsafah merupakan rumusan yang mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)
Penggunaan Teknologi Maklumat

Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia dapat dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi maklumat secara yang betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan politik negara-negara di dunia ini.

Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan.
 
 

Pendemokrasian Pendidikan

Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah kekurangan guru terlatih, taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti merupakan faktor penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan kanak-kanak.

Untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan, kerajaan telah memberi peruntukan-peruntukan yang boleh dimanfaatkan termasulah membina asrama-asrama bagi membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan telah membina sepuluh sekolah menengah sains dan berpuluh-puluh lagi asrama diseluruh pelusuk negara.
 
 

Agama Dan Gejala Sosial

Mari kita renung rencana berikut;

Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah 38.08 peratus.
 


(Berita Harian 18 Mei 1999)


 


Keruntuhan moral di kalangan pelajar adalah membimbangkan kerana anak-anak hari ini adalah aset negara pada masa akan datang. Dalam masa yang sama orang yang berpengetahuan yang dilahirkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan juga terlibat dengan jenayah kolar putih. Kes-kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja melibatkan pegawai kerajaan peringkat bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawai-pegawai atasan.

Adakah kita terlalu pantas melakukan perubahan hinggakan kita terlupa kepada nilai-nilai kemaknusiaan? Adakah Dasar Pendidikan Kebangsaan gagal memainkan peranannya?

. . . menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana , berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, merekacipta dan bukan membuat inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting sekali, sistem pendidikan bertaraf dunia harus mampu melahirkan menusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang manusia yang sempurna, bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi penuh dengan kemampuan intelektual untuk menangani cabaran masa muka.
 


(Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak)


 


Teras kepada sistem pendidikan bertaraf dunia menurut acuan Malaysia ialah agama dan akhlak. Agama dan akhlak penting untuk memelihara karamah atau kemuliaan insan dan nilai-nilai manusiawi. Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan penting untuk membolehkan manusia memahami, menginsafi dan merealisasi dirinya sebagai hamba dan khalifah di bumi.
 


(Dr Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin)


 


Faktor institusi keluarga di Malaysia telah mulai longgar, agama makin terpinggir, sikap materialistik, pengaruh media massa dan berbagai-bagai lagi. Kanak-kanak ketandusan kasih sayang lantaran ibu bapa sibuk mencari harta dunia. Anak-anak dididik oleh teman-teman dan media massa. T.V menjadi rakan yang paling setia.

T.V adalah sarana yang paling utama dan paling berkesan. Ia memainkan peranan yang amat ketara yang belum pernah berlaku dalam sejarah. Pada hakikatnya individu diperkenalkan sejak lahir kepada aliran mesej dan imejnya yang kuat. T.V telahpun menjadi anggota keluarga yang utama, yang paling banyak dan yang paling lama bercerita.
 


(Gerbner et. Al. 1981)


 


Meskipun begitu terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun sekolah agama swasta. Kesedaran ibu bapa telah mendorong mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berkenaan.
 
 
 
 
 
 
 
 

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.
 
 
 
 
 
 

Dimanakah silapnya kita hinggakan keadaan seperti di atas terjadi?

Kesan positif, kesan negatif, apa yang ada dinegaramaju perlu ada di malaysia

Ambik yang baik , tolak yang tak baik Dasar Pandan Timur

Rujukan;

Hanna Holborn Gray, Magazine University Chicago, 1988

[keluar]