KANDUNGAN MODUL 2

KANDUNGAN MUKA SURAT

OBJEKTIF 1 - 2

PRA UJIAN 3

UNIT 1: KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING 4 - 13

Ø Definisi Bimbingan dan Kaunseling

Ø Objektif Bimbingan

Ø Objektif Kaunseling

PASCA UJIAN UNIT 1 14

UNIT 2: STRUKTUR ORGANISASI BIMBINGAN 15 - 16

DAN KAUNSELING

PASCA UJIAN UNIT 2 17

UNIT 3: BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 18 -24

KAUNSELOR SEKOLAH

Ø Bidang Tugas Kaunselor Sekolah

Ø Jenis-jenis Perkhidmatan Bimbingan Dan

Kaunseling

Ø Senarai Tugas Kaunselor Sekolah
 
PASCA UJIAN UNIT 3 25

UNIT 4: PRINSIP DAN ETIKA BIMBINGAN DAN 26 - 33

KAUNSELING

Ø Prinsip-prinsip Bimbingan

Ø Prinsip-prinsip Kaunseling

Ø Skop Kaunseling

Ø Kod Tatalaku Kaunselor
 
PASCA UJIAN 4 34

UNIT UNIT 5: TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR 35 - 42

Ø Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien

Ø Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan

Profesional

Ø Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
 
PASCA UJIAN UNIT 5 43

UNIT 6: PROGRAM DAN LATIHAN 44 - 45

PASCA UJIAN UNIT 6 46

UNIT 7: PENGUKURAN DAN PENILAIAN 47 - 48

PASCA UJIAN UNIT 7 49

UNIT 8: BAGAIMANA UNIT BIMBINGAN DAN 50 - 53

KAUNSELING DAPAT MENYUMBANG

KEPADA PENGURUSAN

PASCA UJIAN UNIT 8 54
 
UNIT 9: PERANAN PENGETUA DAN GURU BESAR 55 - 58

DALAM PERLAKSANAAN BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

Ø Tanggungjawab Pengetua

Ø Peranan Pengetua

PASCA UJIAN UNIT 9 59

UNIT 10: ISU-ISU SENSITIF BIMBINGAN DAN 60 - 62

KAUNSELING

PASCA UJIAN UNIT 10 63

UNIT 11: PENAMBAHBAIKAN 64 - 67

PASCA UJIAN UNIT 11 68

RUJUKAN 69 - 70
 
MODUL 2
 
OBJEKTIF MODUL 2

Diakhir modul ini anda akan dapat;

  1. mengetahui dan mentakrifkan bimbingan dan kaunseling
  2. membezakan diantara bimbingan dan kaunseling
  3. menghuraikan objektif kaunseling
  4. menghuraikan objektif bimbingan
  5. melukiskan struktur organisasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  6. menerangkan struktur organisasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  7. menerangkan bidang tugas dan tanggungjawab kaunselor sekolah.
  8. menyenaraikan jenis-jenis Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  9. membandingkan jenis-jenis yang ada pada Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  10. menghuraikan senarai tugas kaunselor sekolah.
  11. membezakan diantara prinsip-prinsip bimbingan dan prinsip kaunseling.
  12. mengenalpasti skop atau ruang litup kaunseling di sekolah
  13. menyenaraikan dan menghuraikan kod tatalaku kaunselor sekolah.
  14. menghuraikan tanggungjawab kaunselor terhadap klien, rakan profesional dan masyarakat
  15. menerangkan perlunya program dan latihan dijalankan oleh kaunselor sekolah terhadap pelajar
  16. menerangkan perlunya dijalankan pengukuran dan penilaian terhadap program dan latihan
  17. menghuraikan sumbangan Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling terhadap pengurusan sekolah
  18. mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar terhadap Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  19. mengenalpasti tanggungjawab pengetua dan guru besar terhadap Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  20. mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh guru biasa terhadap Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  21. Mengupas isu-isu sensitif yang berkaitan dengan Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.

PRA UJIAN MODUL 2

Sebelum memulakan pelajaran dalam Modul 2 anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut;

  1. Berikan takrifan am bagi bimbingan.
  2. Berikan takrifan am bagi kaunseling.
  3. Bezakan diantara bimbingan dan kaunseling.
  4. Jelaskan tujuan utama Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  5. Bincangkan sejauh mana keberkesanan Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.
  6. Senaraikan sifat-sifat yang perlu dimilikki oleh kaunselor pelajar.
  7. Huraikan secara am tugas-tugas seorang kaunselor pelajar.
  8. Pada pendapat anda wajarkah pengetua sekolah mencampuri urusan kaunseling di sekolah?

UNIT 1
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 1 ini anda akan dapat;
 
  1. menerangkan takrif bimbingan
  2. menerangkan takrif kaunseling
  3. membezakan pengertian bimbingan dan kaunseling
  4. menghuraikan objektif bimbingan
  5. menghuraikan objektif kaunseling
  6. membezakan diantara objektif bimbingan dan objektif kaunseling.

1. KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1. DEFINISI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Secara umumnya memang banyak pengertian diberikan kepada bimbingan dan kaunseling. Berikut adalah beberapa pengertian yang dinyatakan oleh beberapa orang ahli akademik;

Mengikut Tan Chee Yee (1991), perkataan bimbingan berasal daripada perkataan Inggeris iaitu "guidance". Menurut Shertzer and Stone (1976), bimbingan ialah satu proses membantu individu memahami keperibadian dan dunia mereka. Crow dan Crow (1983) pula menyatakan bahawa bimbingan merupakan sebarang bantuan yang diberikan kepada pelajar dengan betul.

Methewson (1962) pula menyatakan bahawa bimbingan ialah proses profesional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral. Ini ditegaskan lagi oleh James A.S (1945), yang menyatakan bahawa fokus bimbingan ialah kepada individu tersebut, bukan kepada masalahnya. Dengan kata lain matlamatnya ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut (Mohd. Salleh Lebar, 1993).

Islam ada menyebutkan pandangannya terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebagaimana berikut;

"Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi

petunjuk kepada seluruh alam".

(Surat Anbiya', ayat 107)

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bahawa Allah telah menyarankan agar Nabi Muhammad SAW memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna kepada semua manusia supaya menikmati kehidupan yang selesa di dunia dan akhirat. Dalam hal ini, agama Islam menggalakkan manusia hidup tolong menolong dan bekerjasama. Dengan ini setiap individu akan dapat memahami dirinya, boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan dapat menyelesaikan masalah dengan saluran yang betul (Mohd. Salleh Lebar, 1993)

Kaunseling mengikut Zuraidah (1990) adalah suatu proses membina perhubungan diantara seseorang yang berkemahiran dalam menolong (kaunselor) dengan sesorang lain yang memerlukan pertolongan (klien). Perhubungan ini berasaskan rasa hormat, mesra dan jujur membantu supaya klien memahami diri, menukar perlakuan, meneguhkan iman dan mengasah keupayaan menyelesaikan masalah dengan objektif.

Menurut Shertzer and Stone (1976), kaunseling ialah satu proses pembelajaran yang mengajar individu mengenai diri sendiri, perhubungan dan perlakuannya dengan individu lain yang meningkatkan perkembangan diri sendiri. Dustin dan George (1973) telah mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses pembelajaran yang dibina untuk meningkatkan perlakuan yang diterima dan mengurangkan perlakuan yang tidak diterima. Pendekatan kaunseling adalah bertumpu kepada menolong individu mengetahui dan memahami serta menerima dirinya (Dinkmeyer 1970).

Menurut Gibson dan Mitchell, kaunseling adalah hubungan tolong-bantu yang berpusat kepada perkembangan dan pertumbuhan seseorang individu serta penyesuaian dirinya dan kehendak-kehendaknya kepada penyelesaian masalah, juga kepada kehendak membuat keputusan. Hubungan ini adalah proses secara rahsia antara kaunselor dan klien (Muhd Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin, 1987).

Persatuan Psikologi Amerika (1980) telah menghuraikan kaunseling sebagai suatu proses untuk membina individu mengatasi halangan dan rintangan yang dialaminya dalam pertumbuhan peribadi dan untuk mencapai perkembangan yang sebaik mungkin dari sumber-sumber peribadi.

Aminah Haji Hashim (1988) menyatakan dalam mengejar ilmu pengetahuan, pelajar mungkin mengalami tekanan jiwa, kurang berminat dan dorongan dan tiada berapa arif tentang kaedah belajar yang sebenarnya. Mungkin mereka menghadapi masalah peribadi dan kurang arah tujuan selepas menduduki peperiksaan. Mereka memerlukan kaunselor untuk membantu mengubah tingkah laku dalam menjalani proses pendidikan. Melalui proses bimbingan dan kaunseling dapat membantu pelajar mengenal diri, bakat, kebolehan dan memahami alam sekitar.

Setiap orang pelajar mampu untuk mengembangkan kebolehan, bakat dan potensinya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan.

Ahli akademik tempatan iaitu Dr. Suradi Salim (1996) pula berpendapat, bahawa ramai orang sering menganggap bimbingan dan kaunseling sama maknanya. Sebenarnya bimbingan merupakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, dan kaunseling itu sendiri salah satu daripada khidmatnya. Diantara khidmat bimbingan yang lain termasuklah perkhidmatan maklumat, inventori individu, serta perancangan, penempatan dan penilaian pelajar. Sebaliknya perkhidmatan kaunseling ialah individu atau beberapa individu yang mempunyai masalah dibantu, melalui hubungan dengan kaunselor profesional untuk mengubah tingkah lakunya atau menjelaskan idea, sikap dan matlamatnya secara sukarela.

Pendapat Dr. Suradi Salim ini ada kesamaan dengan pandangan Mc Daniel dan Shaftel (1957) yang menyebutkan bahawa bimbingan adalah suatu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ee Ah Meng (1989) seperti di dalam Rajah 1.
 
Rajah 1: Kaitan Perkhidmatan Kaunseling Dengan Perkhidmatan Bimbingan

Dalam Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
 
1.2. OBJEKTIF BIMBINGAN

  1. Membantu pelajar membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib.
  2. Mewujudkan peluang untuk setiap pelajar mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.
  3. Mengenalpasti kesulitan-kesulitan yang mengganggu pencapaian akademik pelajar dan mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya seperti merujuk kepada guru-guru yang berkenaan.
  4. Membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk mengembangkan tahap kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperolehi pencapaian yang lebih baik.
  5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif seperti bertanggung jawab, bersemangat, rajin, berdaya cipta, berdikari, dan berdaya kepimpinan.
  6. Membantu pelajar memahami kebolehan, bakat, minat, serta kelemahan-kelemahan diri. Pemahaman ini penting untuk memilih mata pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.
  7. Menolong pelajar membina tabiat kerja yang baik. Ini akan membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur dan menepati masa.
  8. Menolong pelajar mengembangkan secara seimbang iaitu secara jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  9. Membentuk pelajar yang setabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
  10. Membentuk pelajar yang berkebolehan berfikir secara rasional dan mengelak krisis daripada berlaku.
  11. Menolong pelajar memahami sesuatu masalah dari satu sudut yang luas.
  12. Menolong pelajar memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalah.
  13. Menolong pelajar membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi hidupnya.
  14. Menolong pelajar memperolehi kemahiran berkomunikasi supaya perkembangan sosioekonomi dapat dipertingkatkan.
  15. Menolong pelajar menjalani program orientasi ketika bertukar sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Program itu dapat mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi pelajar berkenaan.
  16. Menolong pelajar mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi pengajian yang berkenaan.
  17. Mengadakan kem motivasi dari masa ke semasa bagi pelajar dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.
  18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.

1.3. OBJEKTIF KAUNSELING

  1. Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya.
  2. Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien menghadapi dan menyelesaikan masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain dari segi masa panjang.
  3. Mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang positif.
  4. Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu berkebolehan untuk menguruskan hidupnya sendiri.
  5. Membantu pelajar membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab-musabab keputusan itu dibuat dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat keputusan yang dibuatnya itu.
  6. Membantu pelajar supaya bertindak secara logik dan berkesan.
  7. Membantu pelajar yang bermasalah menjadi rasional semula, misalnya pelajar yang merasa takut menghadapi peperiksaan tidak mahu belajar kerana jiwanya tertekan. Dari bantuan kaunselor pelajar berkenaan dapat merasionalkan dirinya bahawa jika ia terus tidak belajar sudah pasti ia tidak boleh menjawab soalan peperiksaan tetapi sebaliknya jika ia belajar sedikit demi sedikit, berkemungkinan ia boleh menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik.
  8. Memperkembangkan minat, bakat, dan kebolehan ke satu tahap optimum.
  9. Membauat penyelesaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-khendak sekolah dan masyarakat.
  10. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang yang signifikan seperti ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru-gurunya.
  11. Membantu pelajar yang berada dalam keadaan risiko dan masalah penyalahgunaan dadah.
  12. Membantu yang baru menyalahgunakan dadah supaya memperolehi keinsafan mengenai bahayanya amalan mereka serta mempelajari kaedah untuk memberhentikan amalan mereka.
  13. Menentukan nilai-nilai hidup yang ingin dimilikinya bagi memperolehi hidup yang sejahtera.
  14. Membiasakan dirinya dengan hidup berdisiplin yang maksimum agar mencapai matlamat perkembangan kendiri yang munasabah.
  15. Menganalisis tingkah lakunya yang membina dan membiasakan dirinya.

PASCA UJIAN UNIT 1

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. "Membantu pelajar memahami kebolehan, bakat, minat, serta kelemahan-kelemahan diri. Pemahaman ini penting untuk memilih mata pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya."
Penyataan di atas di kategorikan sebagai;
  1. Objektif bimbingan B. Objektif kaunseling
  1. Takrif bimbingan D. Takrif kaunseling
  1. Di bawah ini terdapat empat penyataan yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Pilih penyataan yang benar;
  1. Perkhidmatan bimbingan merangkumi perkhidmatan kaunseling
  2. Perkhidmatan kaunseling merangkumi perkhidmatan bimbingan
  3. Perkhidmatan kaunseling adalah sama dengan perkhidmatan bimbingan
  4. Perkhidmatan kaunseling adalah terpisah dengan perkhidmatan bimbingan
Ñ Jawapan: 1.A 2.A

  9. Membuat penyelesaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-khendak sekolah dan masyarakat.

UNIT 2
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 2 ini anda akan dapat;
 
  1. menerangkan struktur organisasi unit bimbingan dan kauseling di sekolah
  2. melukiskan carta aliran struktur organisasi unit bimbingan dan kauseling di sekolah

STRUKTUR ORGANISASI UNIT BIMBINGAN

DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PENGETUA

PENOLONG KANAN 1 PENOLONG KANAN (HEM)
 
KAUNSELOR
 
GURU GURU PEGAWAI PENASIHAT PENASIHAT

BIMBINGAN HAL EHWAL PENDIDIKAN PERKEMAHAN PRS

DAN AGAMA PENCEGAHAN

KAUNSELING ISLAM DADAH
 
AJK AJK AJK AJK AJK

KELAB AGAMA SLAD PERKHEMAHAN PRS

SEMUA

PELAJAR
 
PASCA UJIAN UNIT 2

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Di dalam struktur organisasi Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, siapakah
yang menganggotai AJK Perkhemahan?
  1. A. Guru pembimbing. B. Guru pasukan beruniform.
  2. C. Sukarelawan D. Murid-murid.
  1. AJK perkhemahan ingin mengadakan aktivitinya pada cuti selepas peperiksaan PMR.
Siapakah orang yang paling sesuai untuk AJK Perkhemahan temui?

A. Pengetua B. Guru Penolong Kanan 1.

C. Guru Penolong Kanan (HEM) D. Penasihat Perkhemahan.

  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menggerakkan aktiviti SLAD?
    1. Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah
    2. Kaunselor pelajar
    3. Guru Bimbingan dan Kaunseling
    4. Guru Penolong Kanan (HEM)
Ñ Jawapan: 1.D 2.D 3. A

UNIT 3
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 3 ini anda akan dapat;
 
  1. memahami dan menerangkan bidang tugas kaunselor pelajar
  2. menyenaraikan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
  3. menyenaraikan tugas-tugas kaunselor pelajar.

  4.  

    1. 3. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB
    2. KAUNSELOR SEKOLAH

    1. BIDANG TUGAS KAUNSELOR SEKOLAH

Bil

Bidang Input Kaedah

1.
 
2.
 
3.
 
4.
 
5.

AKADEMIK
 
KERJAYA
 
PSIKO-

SOSIAL DAN

KESEJAH-

TERAAN

MENTAL
 
KEIBU-BAPAAN
 
MASALAH PELAJAR

  1. Pemilihan matapelajaran elektif

  2.  

  3. Kemahiran Belajar
  1. membaca
  2. mencatat/mengambil nota
  3. pengurusan masa
  4. pengurusan diri
  5. mendengar
  6. mengingat
  7. mengulangkaji
  8. menjawab soalan
  9. menghadapi peperiksaan
  1. Pengumpulan maklumat pelajaraan atau peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

  1. Inventori minat
  2. Inventori personaliti
  3. Inventori nilai
  4. Pemilihan matapelajaran elektif
  5. Pengumpulan maklumat kerjaya
  6. Pendedahan kerjaya

  7. Peluang latihan kerjaya

  8. Penyebaran maklumat

  1. Ujian personaliti
  2. Senarai semak masalah
  3. Merujuk Kad Maklumat Pelajar
  4. Kemahiran Komunikasi
  5. Kemahiran Asertif/Tegas Diri

  6.  

  7. Penyaringan Maklumat
  8. Pengurusan Tekanan
  9. Kemahiran Rohani
  10. Kemahiran membuat Keputusan
  11. Kemahiran Pengawalan Diri
  12. Kemahiran Aplikasi
  13. Kemahiran Sintesis
  14. Kemahiran analisis kritikal
  15. Pengekalan penghargaan kendiri
  16. Perkembangan Keremajaan
  17. Konsep Kendiri
  18. Pengendalian Kendiri
  19. Program Orientasi

  1. Komunikasi
  2. Perkembangan individu
  3. Isu-isu kekeluargaan
  1. Kepimpinan
  2. Perkembangan remaja masa kini dan akan datang
  3. Kerukunan dan Kesejahteraan Keluarga

  1. Kemahiran komunikasi
  2. Kemahiran Menyelesai Masalah
  3. Kepimpinan
  4. Kemahiran Tegas Diri
  5. PRS
  6. Kemahiran Sosial
  7. Kemahiran Pemilihan Aktiviti
Bimbingan kelompok

Bimbingan individu

Kaunseling individu

Biblio kaunseling

Kursus

Bengkel

Seminar

Kem/Perkhemahan

Tayangan Video

Taklimat

Kolokium

Tutor Sebaya

Mentor Mentee

PRS

Lawatan

Ceramah

Pameran

Bank maklumat manual

Bank maklumat ber-

Komputer

Bimbingan kelompok

Bimbingan individu

Lawatan

Ceramah

Forum

Seminar

Tayanga Video

Pertandingan;

  • esei
  • buku skrap kerjaya
  • poster
Bimbingan Kerjaya

Merentasi Kurikulum dan Kokurikulum

PRS

Bimbingan Kelompok
 
Bimbingan Individu

Kaunseling Kelompok

Kaunselingindividu

Biblio Kaunseling

Forum

Kursus

Bengkel

Seminar

Kem Bina Insan / Diri

Kolokium

Rehlah

Lawatan

Tayangan Video

Latihan Dalam Kumpulan

Aktiviti Simulasi Kumpulan

Perkhemahan Ibadah

Ceramah

Kaunseling Keluarga PRS

Ceramah

Seminar

Forum

Bengkel

Perkhemahan / Hari Keluaarga

Lawatan ke rumah

Kaunseling Keluarga

Khidmat Konsultasi

Kursus Kemahiran 

Keibubapaan

Buletin Keluarga

Pameran

Kaunseling Individu

Kaunseling Kelompok

Latihan Dalam Kumpulan

Lawatan Ke Rumah

Ceramah

Bengkel

Praktikum PRS

3.2. JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang harus dijalankan di sekolah;

    1. Perkhidmatan inventori individu dan rekod
    2. Perkhidmatan memberi maklumat
    3. Perkhidmatan bimbingan kelompok
    4. Perkhidmatan kaunseling
    5. Perkhidmatan penempatan
    6. Perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah
    7. Perkhidmatan perundingan dan rujukan
    8. Perkhidmatan penyelaras dan sumber
    9. Perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa
    10. Perkhidmatan penilaian

3.3. SENARAI TUGAS KAUNSELOR PELAJAR

Senarai tugas kaunselor pelajar adalah seperti berikut;

  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui Kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum
  6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konferen dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

PASCA UJIAN UNIT 3

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Apakah jawatan kaunselor di dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah?

  2. A. Penyelaras B. Jawatankuasa Tertinggi

    C. Jawatankuasa Ex-officio D. Tidak teribat

  3. Siapakah yang menyediakan Program dan Aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan

  4. Kaunseling di sekolah?

    A. Kementerian Pendidikan B. Pejabat Pendidikan Daerah

    C. Pengetua C. Kaunselor Pelajar

  5. Bilakah program Orientasi Pelajar sesuai dijalankan?
A. Awal tahun B. Pertengahan Tahun

C. Sebelum peperiksaan D. Akhir tahun
 
Ñ Jawapan: 1.C 2.C 3. A

UNIT 4
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 4 ini anda akan dapat;
 
  1. memahami Prinsip-prinsip Kaunseling
  2. memahami Prinsip-prinsip Bimbingan
  3. menghuraikan Prinsip-prinsip Kaunseling
  4. menghuraikan Prinsip-prinsip Bimbingan
  5. membezakan diantara Prinsip-prinsip Kaunseling
  6. membezakan diantara Prinsip-prinsip Bimbingan

4 4. PRINSIP DAN ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.1. PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN

Prinsip adalah asas yang menjadi dasar sesuatu pemikiran dan tindakan. Dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, prinsip-prinsip yang dimaksudkan ialah sebagaimana berikut;

    1. Bimbingan kebanyakannya berpusat kepada pelajar dan setiap pelajar berhak mendapatkan pertolongan.
    2. Bimbingan berasaskan bahawa individu berhak menerima bantuan apabila dia menghadapi masalah.
    3. Bimbingan ialah proses pendidikan yang berterusan, iaitu daripada peringkat sekolah ke peringkat universiti.
    4. Guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai tanggungjawab bersama untuk mencapai wawasan bimbingan.
    5. Bimbingan berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mempunyai kebolehan untuk perkembangan.
    6. Bimbingan mesti dipraktikkan berdasarkan etika bimbingan dan kaunseling.
    7. Bimbingan bertanggungjawab kepada individu dan masyarakat.
    8. Bimbingan bukan bermaksud paksaan tetapi ke arah bekerjasama. Pelajar tidak boleh dipaksa untuk berjumpa atau mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling.
    9. Fokus bimbingan ialah menolong pelajar memahami dan mencapai kejayaan diri yang paling baik dan bukan menjelaskan masalah-masalah yang tersembunyi, samada masalah individu ataupun masalah sekolah.
    10. Bimbingan memerlukan kerjasama semua pakar. Setiap orang bekerja dalam bidang tanggungjawabnya dan di tahap keupayaan sendiri.
    11. Bimbingan berdasarkan tingkahlaku, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
    12. Bimbingan harus dipertanggungjawabkan kepada mereka yang berkebolehan semulajadi, mempunyai latihan dan pengalaman yang luas untuk menjalankan tugas.
    13. Bimbingan adalah tentang perkembangan diri individu dan mensosialisasikan pendidikan dengan cara menguasai pengetahuan diri dan memahami pengalaman persekitarannya.
    14. Rancangan bimbingan harus dinilaikan berterusan dan secara saintifik, khususnya dari segi keberkesanan.
    15. Bimbingan adalah sebahagian daripada pendidikan. Ia menolong pelajar untuk menjadi seorang yang berguna di sisi masyarakat.
    16. Bimbingan adalah satu proses penerapan pengetahuan yang berguna kepada setiap pelajar.
    17. Bimbingan bertujuan untuk mencegah sesuatu perkara negatif dan ia lebih baik berbanding dengan memperbaikki.
    18. Bilik bimbingan yang lengkap hendaklah disediakan oleh pihak yang berkenaan.
    19. Pembimbing perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa dan guru-guru bagi mendapatkan maklumat yang lengkap tentang peribadi pelajar.
    20. Pelajar diberi masa yang cukup untuk menyatakan masalah kepada pembimbing.
    21. Pembimbing hendaklah bersifat terbuka dan sedia menerima kedatangan pelajar.
    22. Pembimbing hendaklah merahsiakan maklumat-maklumat pelajar yang memerlukan pertolongan.
    23. Setiap guru adalah pembimbing kepada semua pelajar.

4.2. PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING

Prinsip-prinsip kaunseling adalah seperti berikut;

    1. Kaunseling memerlukan seseorang kaunselor untuk mendengar dan memahami apa yang diperlukan oleh klien.
    2. Pendengaran berlaku di dalam kaunseling tetapi bukan semua pendengaran merupakan kaunseling.
    3. Kaunseling diberikan kepada individu yang normal yang sedang menghadapi masalah.
    4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
    5. Kaunseling ialah proses yang bertujuan mempengaruhi perubahan tingkahlaku klien secara sukarela atau dengan kehendak klien sendiri.
    6. Memberikan hak kepada individu untuk membuat perancangan atau keputusan sendiri.
    7. Temubual dalam kaunseling adalah satu jalan yang baik bagi memudahkan perubahan tingkahlaku klien.
    8. Kaunseling dijalankan secara sulit. Pendapat klien hendaklah diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan.
    9. Kaunselor dianggap sebagai orang yang mahir dan berkebolehan untuk membantu klien yang menghadapi masalah psikologi.
    10. Kaunseling merstilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
    11. Kerjasama diantara guru, pelajar, kaunselor dan pihak sekolah penting dalam pengurusan kaunseling.
    12. Kaunseling berkesan apabila dirancangkan secara sistematik.
    13. Kaunseling adalah untuk semua individu dan tidak dihadkan kepada yang mempunyai masalah sahaja.
    14. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan kefahaman kendiri yang lebih tinggi lagi.
4.3. SKOP KAUNSELING

Kaunseling yang dijalankan di sekolah mempunyai skop perkhidmatan seperti yang dinyatakan seperti berikut;

    1. Pekhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke aragh kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.
    2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaikki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.
    3. Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannya.

PROSES KAUNSELING DI SEKOLAH

MULA

KLIEN
 
SUKARELA JEMPUTAN DIRUJUK /

ARAHAN

Ubah Masa KAUNSELOR

KEBENARAN

Tidak GURU

MATAPELAJARAN
 
Lulus

SESI Belum

KAUNSELING Selesai
 
LAPORAN

TAMAT SESI DIRUJUK
 
SUSULAN
 
TAMAT

4.4. KOD TATALAKU KAUNSELOR

Kod tatalaku kaunselor adalah seperti berikut;

    1. Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti seseorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.
    2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionalnya.
    3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesionnya.
    4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui melalui penyeliaan lazim dan sokongan perundingan.

PASCA UJIAN UNIT 4

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Sekiranya guru matapelajaran tidak membenarkan pelajarnya pergi menemui kaunselor, apakah langkah yang akan dibuat?
  1. Kaunselor tidak perlu untuk meneruskan sesi kaunselingnya.
  2. Kaunselor boleh merujuk kepada kaunselor lain
  3. Kaunselor boleh merujuk kepada
  4. Kaunselor perlu mengubah tarikh dan masa untuk menjalankan sesi kaunseling.
  1. Bimbingan yang berjaya selalunya;
  1. Berpusat kepada kaunselor B. Berpusat kepada klien
C. Berpusat kepada ibubapa klien D. Berpusat kepada kaunselor damn klien
  1. Apakah peranan yang harus dimainkan oleh kaunselor supaya sesi kaunseling berjalan dengan jayanya?
A. Sebagai penasihat B. Sebagai pendengar

C. Sebagai fasilitator C. Sebagai rakan
 
Ñ Jawapan: 1.D 2.B 3. C

UNIT 5
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 5 ini anda akan dapat;
 
  1. memahami tanggungjawab kaunselor terhadap kliennya
  2. menghuraikan tanggungjawab kaunselor terhadap kliennya
  3. menghuraikan tanggungjawab kaunselor terhadap rakan profesional
  4. menghuraikan tanggungjawab kaunselor terhadap masyarakat
  5. mengaitkan diantara tanggungjawab kaunselor terhadap klien, rakan profesional dan masyarakat
  6. menghuraikan tanggungjawab kaunselor terhadap organisasi dan majikan

5. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

5 .1. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN

Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, samada klien individu atau klien korporat. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio budaya klien;

    1. Semasa menjalankan sessi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri samada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.
    2. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
    3. Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
    4. Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak berkenaan.
    5. Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.
    6. Dalam perhubungan kaunseling, kaunselor harus sedar tentang jenis perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang memenuhi kehendak pribadi kaunselor. Kaunselor seharusnya tidak melanggar adat, agama dan maruah peribadi klien.
    7. Perhubungan kaunseling dan maklumat yang diterima hendaklah dirahsiakan, ianya sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang profesional.
    8. Sekiranya seseorang individu telah mengadakan hubungan kaunseling dengan seorang profesional yang lain, kaunselor tidak boleh mengadakan perhubungan kaunseling tanpa izin daripada profesional tersebut.
    9. Dalam suasana perhubungan kaunseling kelompok, ahli bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi melindungi individu daripada gangguan fizikal atau psikologikal.
    10. Kaunselor mestilah menimbangkan dahulu peserta-peserta kelompok, terutamanya jika penekanan kelompok adalah ke atas kefahaman diri yang membawa kepada pendedahan kendiri.
    11. Dalam mengandalikan kaunseling kelompok jangka pendek atau rancangan latihan seperti kelompok maraton, kaunselor haruslah menentukan adanya bantuan profesional semasa dan selepas kelompok itu diadakan.
    12. Rekod perhubungan kaunseling seperti nota temubual, surat menyurat, data ujian, video dan dokumen-dokumen lain, adalah dianggap sebagai maklumat profesional yang digunakan dalam proses kaunseling.
    13. Data yang diambil daripada perhubungan kaunseling bagi kegunaan latihan dan kajian, mestilah terbatas kepada kandungan sahaja bagi melindungi identiti klien.

5.2. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP RAKAN PROFESIONAL.

Tanggungjawab kaunselor terhadap rakan profesional adalah seperti berikut;

    1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalnya.
    2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
    3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.
    4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
    5. Kaunselor hendaklah menggalakkan pandangan daripada profesional lain serta membuat penilaian dan kajian.

    1. TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT
Tanggung jawab kaunselor terhadap masyarakat pula adalah seperti berikut;
    1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
    2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

5.4 TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP ORGANISASI DAN

MAJIKAN

Tanggungjawab kaunselor terhadap organisasi dan majikan adalah seperti kenyataan berikut;

    1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat ia berkhidmat.
    2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasi.
    3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan.
    4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
    5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
    6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonel dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling, khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.
    7. Kaunselor hendaklah memberitahu pada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.
    8. Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa kesemasa.
    9. Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

PASCA UJIAN UNIT 5

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Apakah yang perlu dilakukan oleh kaunselor terhadap data yang diambil menerusi interaksinya dengan klien bagi kegunaan latihan?
    1. identiti klien perlu dilindungi
    2. identiti klien boleh diumumkan
C. identiti klien diumumkan setelah mendapat keizinan daripada klien itu sendiri

D. identiti klien boleh diumumkan jika klien diberi imbuhan.

  1. Kemanakah harus kaunselor mengadukan perkara yang boleh mendatangkan konflik yang boleh menjejaskan perkhidmatannya?

  2. A. Pegawai Pendidikan Daerah B. Pengetua

    C. Guru Penolong Kanan D. Guru Penolong Kanan (HEM)

  3. Nota temu bual, surat menyurat, data ujian, video dan dokumen-dokumen lain adalah dianggap sebagai maklumat profesional. Namakan jenis rekod tersebut.
A. Rekod Perhubungan B. Rekod Perhubungan Kaunseling C. Rekod Kaunseling D. Rekod Perhubungan Profesional
 
Ñ Jawapan: 1.A 2.B 3. B

UNIT 6
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 6 ini anda akan dapat;
 
  1. menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kaunselor apabila membuat dan melaksanakan program dan latihan
  2. menghuraikan keperluan menilai sendiri keberkesanan program

6. PROGRAM DAN LATIHAN.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kaunselor apabila membuat dan melaksanakan program-program serta latihan seperti;

    1. Kaunselor haruslah menerangkan kepada pelajar tentang keperluan program, perkembangan kemahiran asas dan peluang pekerjaan sebelum menceburkan diri dalam program itu.
    2. Kaunselor mestilah membentuk rancangan yang bersepadu di antara kajian akademik dan amali.
    3. Kaunselor mestilah melalui penilaian yang berterusan ke atas pelajar serta menyedari akan batas atau had-had kemampuan pelajar itu yang mungkin akan menghalang prestasinya pada masa hadapan.
    4. Kaunselor mestilah mengadakan satu program yang melibatkan latihan penyelidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka dan seterusnya jika perlu menilai sendiri keberkesanan program yang diadakan itu.

PASCA UJIAN UNIT 6

Soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi soalan berikut,

Apakah faktor utama yang menghalang pelajar untuk mengikuti program dan latihan?
    1. kenakalan pelajar
    2. pengaruh rakan sebaya
    3. pengaruh media masa
    4. had-had kemampuan pelajar.

Ñ Jawapan: 1.D

UNIT 7
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 7 ini anda akan dapat;
 
  1. memahami pertimbangan-pertimbangan yang dibuat oleh kaunselor sebelum melakukan pengukuran dan penilaian
  2. menghuraikan pentingnya kaunselor memberi penerangan yang tepat kepada kliennya sebelum ujian dilakukan.

7. PENGUKURAN DAN PENILAIAN
 
Ada beberapa perkara yang harus kaunselor pertimbangkan apabila membuat pengukuran dan penilaian, antaranya ialah;

    1. Kaunselor hendaklah menerangkan dengan khusus matlamat tentang ujian itu supaya keputusan ujian dapat diterima oleh klien dalam prespektif yang betul.
    2. Kaunselor hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan iterpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak yang eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu.
    3. Kaunselor hendaklah memberi penerangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada orang awam.
    4. Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.

PASCA UJIAN UNIT 7

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Bagaimanakah hendak memulakan satu ujian kepada orang awam?
  1. Kaunselor hendaklah memberi taklimat sebelum memulakan ujian .
  2. Kaunselor hendaklah memberi penerangan selepas ujian dijalankan.
  3. Kaunselor hendaklah memberi taklimat seminggu selepas ujian.
  4. Kaunselor hendaklah memberi taklimat seminggu sebelum memulakan ujian
  1. Keputusan ujian hendaklah sentiasa berada di dalam pengawasan kaunselor kerana
    1. menjaga agar keputusan ujian tidak disalahfaham
    1. menjaga agar keputusan ujian tidak disalahgunakan
  1. menjaga agar keputusan ujian tidak menimbulkan konflik
  1. 1 dan 11 B. 1, 11 dan 111 C. ll dan lll D. 11 sahaja
Ñ Jawapan: 1.D 2.B 3. C
UNIT 8
 
BAGAIMANA
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 8 ini anda akan dapat;
 
  1. menghuraikan apakah bentuk sumbangan yang dapat dimainkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
  2. menyenaraikan faktur-faktur yang mempengaruhi sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling
  3. menerangkan peranan dimainkan oleh kaunselor untuk menjadikan Unit Bimbingan dan Kaunseling lebih efektif
  4. menghuraikan sebab mengapa seseorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran yang tinggi.

8. SUMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA

PENGURUSAN SEKOLAH.

Robert, Smith dan Ericson (1955) menyatakan beberapa prinsip penting organisasi harus difahami sebelum diwujudkan sebarang perkhidmatan di sekolah. Diantara prinsip-prinsip tersebut ialah;

    1. Semua perkhidmatan memerlukan penerimaan dan kepimpinan pentadbir sekolah.
    2. Kejayaan perkhidmatan bergantung kepada kesediaan kakitangan sekolah menerima dan memberi sumbangan.
    3. Perkembangan perkhidmatan perlu berdasarkan kepada perkhidmatan yang sedia ada.
    4. Perkhidmatan baru perlu dikembangkan secara harmoni dengan program-program pendidikan sekolah yang lain.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa setiap perkhidmatan yang dapat disesuaikan dengan prinsip-prinsip tersebut mampu memberi sumbangan bermakna kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Pertama, disebabkan arahan Kementerian Pendidikan mengenai perlaksanaan Unit Bimbingan dan Kaunseling, perkhidmatan ini akan mendapat tumpuan rapat pentadbir sekolah. Bermakna pentadbir sentiasa memastikan keberkesanan perkhidmatan ini, dengan adanya tumpuan pentadbir perkhidmatan ini akan dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna.

Kedua, disebabkan tumpuan pentadbir terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling maka kakitangan turut memberi perhatian yang sama. Disinilah peranan kaunselor untuk menjelaskan bagaimana kakitangan sekolah menerima dan memberi sumbangan kepada perkhidmatan ini.

Ketiga, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berdasarkan kepada perkhidmatan yang sedia ada akan mudah untuk diterima. Oleh itu, program perkhidmatan ini perlu menyeluruh dan melibatkan hubungan secara langsung atau tidak langsung sama ada dalam pentadbiran, kurikulum, disiplin, sukan, persatuan dan sebagainya.

Keempat, usaha mengharmonikan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan program sekolah yang lain juga memberi sumbangan besar kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kaunselor seharusnya berperanan sebagai sumber kepakaran dan kakitangan sekolah yang lain sebagai penyokong usaha-usaha bimbingan dan kaunseling. Kakitangan sekolah perlu mengintegrasikan program bimbingan dan kaunseling dengan program-program sekolah yang lain.

Walau bagaimanapun, dalam mempastikan sumbangan besar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dapat direalisasikan, kaunselor perlu bersedia dengan kepakaran yang ada. Kaunselor patut mempunyai himpunan ilmu, kemahiran, mengamalkan kepakaran dan profesional. Kekurangan syarat-syarat ini boleh menjejaskan penerimaan dan pemberian sumbangan seseorang kaunselor dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah (Lloyd, A.P., Dan Aminah Hj. Hashim, 1987)
 
PASCA UJIAN UNIT 8

Soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi soalan berikut,

Apakah prinsip-prinsip yang baik untuk memajukan Unit Bimbingan dan Kaunseling di

sekolah?

    1. Semua perkhidmatan memerlukan penerimaan dan kepimpinan pentadbir sekolah.
  1. Kejayaan perkhidmatan bergantung kepada kesediaan kakitangan sekolah
menerima dan memberi sumbangan. 111. Perkembangan perkhidmatan perlu berdasarkan kepada perkhidmatan yang

sedia ada.

1V. Perkhidmatan baru perlu dikembangkan secara harmoni dengan program-

program pendidikan sekolah yang lain.

A. l dan 11 B. 1, 11, dan 1V

C. 11, 111, dan 1V D. 1, 11, 111, dan 1V

Ñ Jawapan: D
UNIT 9
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 9 ini anda akan dapat;
 
  1. memahami peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling
  2. menghuraikan tanggungjawab pengetua dan guru besar terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling
  3. menghuraikan peranan yang dimainkan oleh guru-guru biasa terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling

9. PERANAN PENGETUA, GURU BESAR DAN GURU

BIASA DALAM PERLAKSANAAN UNIT BIMBINGAN

DAN KAUNSELING.
 
Fungsi utama pengetua dalam program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ialah;

  1. Mengatur program sekolah yang berkaitan dengan aktiviti bimbingan dan kaunseling
  2. Menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan seperti alat tulis, borang soal selidik, alat perabot dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh guru bimbingan.

    1. TANGGUNGJAWAB PENGETUA DAN GURU BESAR DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pengetua perlu mengetahui apakah tanggungjawabnya terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling. Diantara tanggungjawab tersebut ialah;
    1. Mewujudkan kerjasama yang erat diantara guru biasa dengan guru bimbingan dan kaunseling.
    2. Memberi maklumat kepada masyarakat luar tentang program bimbingan dan kaunseling yang ada di sekolah.
    3. Menjelaskan program bimbingan kepada seluruh kakitangan sekolah.
    4. Melantik guru bimbingan bagi keperluan sekolah dan menghantar guru-guru tersebut mengikuti kursus bimbingan dan kaunseling.
    5. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk menyusun sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan program bimbingan.
    6. Membincangkan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan program bimbingan dan kaunseling.

    1. PERANAN GURU BIASA DALAM PERLAKSANAAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
 
Tugas guru bukan sahaja mengajar dalam subjek tertentu bahkan perlu membimbing pelajar. Semakin ramai pelajar, semakin banyaklah masalah yang dihadapi oleh guru. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kepada guru untuk membimbing dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar secepat mungkin.

Diantara peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling ialah;

    1. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan guru bagi kepentingan pelajar.
    2. Mewujudkan hubungan yang baik diantara guru denga ibu bapa bagi membimbing pelajar serta mengetahui pertumbuhan pelajar dari semasa ke semasa.
    3. Menggalakkan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
    4. Menyediakan suasana sistem pembelajaran yang baik kepada pelajar.
    5. Menolong pelajar membuat perancangan persekolahan yang bersesuaian dengan perkembangan dan kebolehan mereka.
    6. Memberi dan menanamkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu dalam pendidikan.
    7. Mengadakan pertemuan khas dengan pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.
    8. Menolong pelajar membuat keputusan yang munasabah dalam sebarang masalah yang dihadapi.
    9. Menanamkan sikap atau tabiat yang baik dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh pelajar.
    10. Menggalakkan pelajar untuk bertemu dengan kaunselor.
    11. Menggalakkan pelajar menghadiri aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling seperti ceramah, kursus, seminar dan sebagainya.
    12. Mencatatkan laporan anekdot, iaitu yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa, tarikh dan tempat bagi kegunaan guru bimbingan dan kaunseling memahami personaliti pelajar berkenaan dengan lebih mendalam.
Membantu kaunselor dalam menjalankan aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling pelajar.
 
PASCA UJIAN UNIT 9

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Apakah peranan utama pengetua terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling?
    1. mengatur program Unit Bimbingan dan Kaunseling
  1. menyediakan pasarana yang mencukupi di bilik Bimbingan dan Kaunseling
  1. membuat penyelidikan terhadap keperluan di bilk Bimbingan dan Kaunseling
A. 1 dan 11 B. 1 dan 111 C. 11 dan 111 D. 1, 11 dan 111 2. Pilih pernyataan yang salah,
    1. semua guru adalah guru kaunseling
    2. setiap guru dibenarkan menggunakan bilik kaunseling bagi tujuan rundingcara dengan pelajar
    3. guru hendakalah menggalakan pelajar-pelajarnya menemui kaunselor
    4. hanya kaunselor berhak mengadakan sesi kaunseling dengan pelajar
Ñ Jawapan: 1D. 2D.

UNIT 10
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 10 ini anda akan dapat;
 
  1. memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh kaunselor
  2. menghuraikan beban kerja yang ditanggung oleh seseorang kaunselor
  3. menyenaraikan isu-isu yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling
 
10. ISU-ISU SENSITIF YANG BERKAITAN DENGAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sejak guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor memainkan peranannya di sekolah-sekolah hingga sekarang, telah banyak isu yang timbul. Antara isu-isu yang timbul adalah seperti kenyataan di bawah;

    1. Sebahagian kaunselor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan adalah kurang berpengalaman.
    2. Perlantikan kaunselor dari kalangan guru bukanlah satu kenaikan pangkat.
    3. Beban yang berat yang ditanggung oleh kaunselor tidak mendapat apa-apa ganjaran kecuali berupa ganjaran dengan rasa kepuasan hasil daripada pertolongan yang diberi kepada pelajar.
    4. Kaunselor yang dilantik tidak bertaraf profesional, maka tindakan dan proses kaunseling yang dibuat tidak begitu berkesan atau tidak diiktiraf.
    5. Kriteria perlantikan kaunselor sepenuh masa meragukan banyak pihak seperti pengetua, guru dan sebagainya.
    6. Kerjasama dan kepercayaan yang kurang terhadap kaunselor daripada pihak pentadbiran.
    7. Kerjasama guru-guru biasa dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling timbul kerana lantik kaunselor sepenuh masa.
    8. Sering berlaku percanggahan diantara proses kaunseling dan tindakan unit disiplin sekolah.
    9. Pengendalian sesi kaunseling pada waktu persekolahan akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran serta tidak mendapat kerjasama dari kalangan guru matapelajaran.
    10. Aktiviti kaunseling selepas waktu persekolahan tidak mendapat sambutan.
    11. Pemantauan oleh pihak pentadbiran adalah kurang kerana masa bekerja kaunselor adalah mulai dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
    12. Kebolehan kaunselor untuk berlaku jujur dan bertindak secara sepontan terhadap klien adalah diragui.
    13. Rasa empati kaunselor kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah diragui. Kebolehan kaunselor untuk merasai dengan tepat apa yang dirasai oleh pelajar boleh mendatangkan bahaya di luar dugaan.

PASCA UJIAN UNIT 10

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Mengapakah kaunselor dianggap tidak berkesan?
    1. Mutu kerja yang tidak profesional
11. Kurang pengalaman
    1. Kurang mengadakan sesi kaunseling
A. 1 dan 11 B. 11 dan 111 C. 1 dan 111 D. semua yang di atas.
 
  1. Kaunselor patut dapat mengawal perasaan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar. Apakah sifat yang perlu dimiliki oleh kaunselor didalam menghadapi situasi di atas?
A. Penyayang

B. Belas kasihan

C. Sabar

D. Empati
 
Ñ Jawapan: 1.A 2. D

UNIT 11
 
OBJEKTIF

Diakhir Unit 11 ini anda akan dapat;

    1. menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang ada di Unit Bimbingan dan Kaunseling
    2. mengenalpasti punca kelemahan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
    3. menghuraikan cadangan-cadangan penambahbaikan

11. PENAMBAHBAIKAN UNIT BIMBINGAN DAN
 
KAUNSELING

Walau apa pun sistem yang digunapakai oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, kelemahan tetap terdapat di mana-mana. Kecekapan manusia boleh berubah-ubah begitu juga kecekapan kaunselor yang berkait rapat dengan kemajuan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Usaha-usaha penambahbaikan adalah perlu agar perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor mencapai pengiktirafan yang tinggi di kalangan klien-kliennya. Untuk mencapai pengiktirafan yang tinggi segala tindaktanduk kaunselor perlulah profesional. Pengelibatan yang menyeluruh (total involvement) daripada semua warga sekolah dapat menaikkkan imej Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Komitmen yang menyeluruh dari segenap pihak akan menjadikan Unit Bimbingan dan Kaunseling berjalan dengan baiknya.

Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah perlulah melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap kemajuan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa alat pengukuran perlu digunakan untuk mengukur keberkesanan program yang dirancangkan.

Pihak pentadbiran dan kaunselor hendaklah cekap untuk menghidu masalah yang dijangka akan timbul. Langkah-langkah pengawalan adalah cara terbaik untuk menangani masalah kerana mencegah adalah lebih baik dari merawat. Penyeliaan yang kerap dan sistematik boleh menjadikan Unit Bimbingan dan Kaunseling lebih profesional. Kerja-kerja menyelia bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan tetapi ia lebih menjurus ke arah penambahbaikan.

Perbincangan dua hala diantara pentadbir dan kaunselor dalam suasana yang harmoni boleh menimbulkan semangat bekerja yang baik. Perhubungan yang mesra akan membuahkan sikap bekerjasama. Manusia perlu dihargai dan diberi rangsangan untuk berjaya.

Guru-guru juga hendaklah diberikan kemahiran yang secukupnya untuk berhadapan dengan pelajar. Tugas guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi pendidikan yang diterapkan kepada pelajar adalah lebih utama. Pihak pentadbiran perlu mengadakan kursus-kursus dalaman yang berkaitan dengan kaunseling agar guru-guru bertambah yakin untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. "Benchmark" adalah perlu bagi guru-guru melihat perkembangan kaunseling di sekolah lain. Bimbingan dan kaunseling akan berkembang dengan baiknya sekiranya semua pihak sedar tentang peri mustahaknya bimbingan dan kaunseling terhadap sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Objektif bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu di selia pada setiap masa. Pertanyaan-pertanyaan seperti adakah ia berjaya mencapai matlamat, adakah ia memenuhi cita rasa pelanggan, adakah ia sesuai dengan Islam, adakah ia mengikut prosedur yang betul, kenapa ia gagal dan berbagai-bagai persoalan lagi. Jadikan kesilapan-kesilapan yang berlaku sebagai guru yang baik.
 
PASCA UJIAN UNIT 11

Setiap soalan yang berikut mempunyai empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan berikut,

  1. Diantara kemahiran-kemahiran yang berikut, manakah yang paling berguna bagi seseorang kaunselor/

  2. A. Mengatasi masalah

    B. Menghidu masalah

    C. Menghurai masalah

    E. Menyelesai masalah

  3. Siapakah yang paling sesuai untuk merancang di adakan kursus berkaitan dengan kaunseling di sekolah anda?
A. Pegawai Pendidikan Daerah B. Pengetua

C. Guru Penolong Kanan (HEM) C. Kaunselor
 
Ñ Jawapan: 1B 2B

BIBLIOGRAFI

Ahmad Farok Hj Mohd. Amin, (1989), Sosiologi Kelompok Kecil, Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Aminah Hj Hashim et.al, (1988), Bimbingan dan Kaunseling dalam Pendidikan, Selangor, Federal Publications, Sdn Bhd.

Arthur P. Lloyd et.al, (1988), Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng, (1989), Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Petaling Jaya, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng, (1995), Persekolahan Dan Perkembangan Kanak-Kanak, (Asas Pendidikan 4), Selangor, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

__________, (1996), Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Hasan Hj. Mohd Ali, Dr. (1996), Strategi Belajar Yang Berkesan, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Lloyd, A.P., & Aminah Hj. Hashim (1987), Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al, (1992), Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed, (1992), Penghantar Psikologi, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Lebar, (1993), Bimbingan dan Kaunseling, Tugas Guru dan Kemahiran Asas, Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah & Nordinar Mohd. Tamin, (1987), Proses Kaunseling, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Mansur Abdullah, (1987), Kaunseling - Teori, Proses dan Kaedah, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti.

Muhd. Mansur Abdullah, (1993), Kaunseling - Teori, Proses dan Kaedah, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti.

_____, (1984), Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Noor Fizah Abdul Malek, (1995), Bimbingan Motivasi Anak Cemerlang, Kuala Lumpur, Darul Nu'man.

Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah: Suatu Pandangan Lengkap, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Sulaiman Masri, Dr. (1996), Pelajar Cemerlang, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Suradi Salim (1996), Bimbingan Dan Kaunseling, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

_____, (1992), Pembimbing Rakan Sebaya: Modul Latihan Asas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tang Chee Yee, (1988), Bimbingan Dan Kaunseling, Kuala Lumpur, Ling Wah Press Sdn. Bhd.

Wan Hussain Azmi Abdul Kadir, (1994), Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

______, (1992), Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah: Ke mana Arah Tuju Kita? Jurnal Pengurusan IAB - September.

Zol Azlan Hj. Hamidin, (1992), Teknik Kemahiran Belajar, Kuala Lumpur, Mahir Publications Sdn. Bhd.

Zulkifli Daud, (1992), Kita Pelajar Bermotivasi, Kedah, Qprime Learning Performance.

Zulkifli Yusuf, (1998), Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

[keluar]